Wednesday 19 September 2012

ISU KUIN : Di sebalik yang tersurat banyak lagi yang tersirat yang Rakyat KEDAH perlu tahu


KUIN: 42 Kursus Dicerita, Derita Kakitangan Tidak Beritahu DYMM Tuanku?
Agak meloyakan melihat puak-puak PAS yang seolah-olah “kembang semangkuk” dek kerana pujian yang diberikan oleh DYMM Yang DiPertuan Agung kepada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang kini memiliki 42 kursus di dalam bidang pengajian Islam dan profesional semalam.

Dengan satu pujian tersebut, PAS Kedah yang kini bertanggungjawab terhadap jatuh bangunnya universiti yang ditubuhkan oleh UMNO/BN Kedah itu begitu riak hingga menyiarkan pujian tersebut di lidah rasmi mereka, Harakahdaily.

Ya, saya setuju bahawa KUIN layak dipuji dengan pertambahan kursus-kursus profesional secara mendadak sehingga mencecah 42 kursus dan bakal menerima kampus baru di Kuala Ketil yang sedang dibina sekarang.

Itulah satu-satunya perkara yang boleh dibanggakan mengenai KUIN. Namun, dukacita dimaklumkan bahawa keadaan KUIN dikala ini sangat menyedihkan disebabkan oleh kewujudan 42 kursus tersebut yang tidak dibuat secara cekap dan terancang dengan baik.

Sebenarnya, KUIN kini sedang dilanda pelbagai masalah yang meruncing dan meresahkan warga universiti itu di mana beberapa siri demonstrasi telah diadakan bagi memohon pertimbangan pengurusan bagi menyelesaikan penganiayaan yang berlaku.

Azizan Razak misalnya sebelum ini telah beberapa dikunjungi oleh wakil-wakil kakitangan KUIN, khususnya para pensyarah untuk mengadu tentang masalah yang dihadapi oleh semua kakitangan universiti itu.





Bukan sekadar Azizan dikejar di Wisma Darulaman, dia juga dicari hingga ke rumahnya di Jalan Sultanah bagi meluahkan kemelut yang dihadapi. Namun biarpun ditemui beberapa kali, Azizan hanya memandang sepi masalah mereka.

Menurut wakil kakitangan KUIN, gaji bulanan mereka sering lewat diterima sehingga ada dikalangan mereka yang menghadapi masalah dengan bank di mana kereta mereka hampir ditarik dan rumah mereka hampir disita.

Selain itu, pembayaran zakat pendapatan yang selalunya dilakukan melalui skim potongan gaji secara automatik juga gagal apabila tiada wang di dalam akaun mereka untuk dipotong masuk ke akaun Lembaga Zakat.

Bukan itu saja, KUIN dikatakan berhutang lebih RM200,000 dengan panel rawatan perubatannya sehingga menyebabkan semua kakitangannya tidak dapat lagi menikmati faedah perubatan tersebut sebagaimana sebelumnya.

Berdasarkan insiden-insiden tersebut, rasanya budak tadika PASTI pun tahu bahawa KUIN kini menghadapi krisis kewangan yang serius dan gagal mengendalikan dana bersumber dari Kerajaan Negeri serta yuran pelajar dengan baik.

Selain itu, yuran pengajian yang dulu hanya berjumlah RM60 bagi satu jam kredit telah dinaikkan mendadak sehingga berjumlah RM200 bagi satu jam kredit, satu kenaikan secara tiba-tiba yang dijangka membebankan mahasiswa.

kuinNak tahu kenapa? Semuanya kerana kewujudan 42 kursus tersebut yang dilakukan secara tiba-tiba dan tidak dirancang dengan teliti atau mengambil kira kedudukan kewangan institusi pengajian tinggi di bawah Kerajaan Negeri Kedah itu.

Misalnya, kerajaan negeri mewujudkan banyak anak syarikat milik KUIN seperti Insan Medic yang menguruskan fakulti perubatan yang menelan belanja yang banyak iaitu RM350,000 sebulan, sedangkan dikhabarkan fakulti itu hanya memiliki 8 orang pelajar sahaja.

Anak-anak syarikat tersebut memerlukan pembiayaan yang tinggi sedangkan pendapatan KUIN tidak dapat menampung seluruh kos operasinya. Maka disebabkan itulah “kantung” kolej yang dulunya penuh dan terjamin, hampir kering “diboroskan” PAS Kedah.

Mungkin perkara ini tidak diberitahu kepada DYMM Yang DiPertuan Agung. Mungkin PAS Kedah bimbang sekiranya Baginda Tuanku tahu, Baginda mungkin akan menukar “skrip” ucapannya semalam.

Lihatlah sikap hipokrit kepura-puraan dan pembohongan yang dilakukan oleh PAS Kedah setelah memegang kuasa pentadbiran negeri itu. Dalam masa empat tahun, hampir hancur Kedah dibuatnya. Namun pak-pak lebai PAS masih mendongak mendabik dada. Tak malu sungguh!


sumber : MyKMU

1 comment:

  1. doa org teraniaya ni ALLAH makbul tak kiralah siapa pun org tu....rasanya Kedah ni ditadbir oleh ulama yg tak ada ilmu ekonomi. tu sebab kita tengok Kelantan spai la tak maju. ulama ceramah ramai tp ulamak yg pandai ekonomi takdak. kalau kerajaan persekutuan tak bagi duit ,,,kutuk bagai nak rak. kita sokong semua kempen membawa kebaikan kepada agama dan bangsa tp dlm azan dilaungkan 'marilah bersolat..marilah menuju kejayaan' jika silap tolong betulkan. bermakna selepas bersolat kita kena berusaha memajukan bangsa dan negara jgn dok pandai ceramah kutuk org sj. diri sendiri tak nampak.

    ReplyDelete