Apa yang tak kena dengan PAS sekarang ini.. hahhh Apa istimewanya DAP sehingga Pas begitu hormat dan tunduk desakan DAP. WADUHH... sekarang DAP dah semakin lantang bersuara dalam Pakatan Rakyat... Pok Nik sejak dulu-dulu lagi sentiasa berlembut dengan rakan sekutu yang bukan seagama. Apa sahaja kenyataan negatif yang keluar dari mulut pemimpin DAP sama ada berkaitan Islam, selalunya Nik Aziz cuba bermain playsafe semata-mata untuk menjaga hati sekutunya itu.
Sekarang kita lihat pula apa reaksi Azizan Razak MB kedah mengenai pembahagian kerusi untuk DAP di Kedah. Tetapi harus di ingat MB Kedah, perangai Azizan Abdul Razak tak seperti pok nik yang sayangkan DAP...
Azizan Razak masih ada sedikit sisa-sisa keberanian untuk menyanggah sikap tidak cermat pemimpin DAP itu. Sekurang-kurangnya masih adalah juga segelintir pemimpin PAS yang sedar diri dan taklah jumud sangat macam Mursyidul Am mereka sekarang ini
Guan Eng: DAP Kedah wajar dapat tambahan kerusi
22 September 2012
ALOR SETAR - DAP Kedah wajar diberi peranan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tambahan kerusi untuk bertanding termasuk peringkat parlimen.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP Pusat bersetuju dengan hasrat DAP Kedah yang mahu meletakkan calon di dua kerusi parlimen (Alor Setar dan Padang Serai) dan enam Dewan Undangan Negeri (Dun) membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.
“DAP tetap mahu tambahan kerusi untuk bertanding pada PRU13, ketika PRU12 kita hanya letak calon di Kota Darul Aman dan Derga. Jumlah ini amat kecil dan ia tidak boleh diterima untuk PRU13,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Kedah, di Dewan Perhimpunan Cina Kedah, semalam.
Bagaimana pun, Guan Eng berkata, jika agihan kerusi membabitkan DAP-PKR tidak mampu diselesaikan di peringkat negeri, perkara itu wajar diputuskan oleh Pusat untuk mengelak tercetus ketidakpuasan hati kedua-dua pihak.
“Jika tidak boleh bincang lagi di peringkat negeri, ia tak perlu bincang. Biar Pusat buat keputusan muktamad dan kedua-dua pihak terima keputusan. Jangan bergaduh sesama sendiri, ia membuang masa, kita hanya mahu lawan BN sahaja, bukan dalam PR,” katanya.
Menurutnya, DAP Kedah diminta menyerahkan perkara itu kepada DAP Pusat untuk dibincangkan dalam Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi, jika menemui jalan buntu.
“Biar Pusat tentukan jika masih tidak dapat diselesaikan. Saya harap hasrat DAP Kedah diberi pertimbangan sewajarnya oleh rakan-rakan dalam pakatan untuk bergerak sebagai satu pasukan, dalam usaha mengekalkan kuasa di negeri ini,” katanya.
Guan Eng juga mengarahkan kedua-dua parti tidak lagi membuat kenyataan terbuka atau berbalas kenyataan dalam akhbar berhubung isu terbabit.
“Kita tumpu pada gerak kerja parti sudahlah, biar Pusat putuskan. DAP juga mahu menyumbang lebih pada PR," katanya.
KK_Apa yang ramai melihat Pas ketika ini adalah sekadar menjadi ‘pak turut’…’ kuda tunggangan’…
No comments:
Post a Comment