Friday 28 September 2012

43 Mangsa Banjir Dipindahkan Sejak Petang Khamis

ALOR SETAR: Seramai 43 mangsa banjir dari 11 keluarga di Pendang dipindahkan sejak petang semalam, selepas kediaman mereka dinaiki air sedalam satu hingga dua meter.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) daerah Pendang, Mohd Izudin Inusneah berkata semua mangsa dipindahkan ke Pusat Rakan Sukan, Tanah Merah dekat sini, merupakan penduduk empat buah kampung, iaitu Kampung Bonggol Kambing, Hampar Kanan, Pondok Hampar dan Bonggol Besi.

"Kita pindahkan mereka sejak 6 petang semalam dan sehingga hari ini, operasimemindahkan mangsa banjir masih dijalankan dan jumlah mangsa mungkin akan meningkat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata sehingga 11 pagi tadi, paras air di Sungai Pendang meningkat kepada 3 meter dan beliau menasihatkan mangsa banjir yang belum berpindah supaya bersedia untuk dipindahkan, jika keadaan bertambah buruk. BERNAMA


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment