Saturday, 22 September 2012

siapa sebenar @ngehkooham. Apa yang kita perlu tahu.



Kenyataan Ngeh dalam laman twitternya antara lain berbunyi: 'Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this?'.

Ramai pihak menyatakan bantahan terhadapa pengerusi DAP Perak ini. Perbuatan tersebut sangat melampaui batas dan boleh mencetuskan ketidak harmonian kaum dan ketidak stabilan politik di Malaysia. 


Tindakan beliau juga mencermin sikap DAP yang selama ini hanya mempergunanakan PR sebagai tugangan demi memastikan apa yang diperjuangkan DAP berjaya. 



APAKAH MASALAH NGEH SEBENARNYA?



"Are muslims wasting too much time and energy on this?"

Itu catatan Twitter Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Pengerusi DAP Perak itu, dia mengeluarkan kenyataan kontroversi terbabit selepas menonton berita berhubung demonstrasi bantahan filem menghina Nabi Muhammad,  Innocent Muslims di seluruh dunia dan berikutan cadangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ingin mengadakan bantahan secara besar-besaran di negara ini.


Saya ingin memberitahu Ngeh, umat Islam di negara ini TIDAK semestinya menampilkan bantahan mereka kerana hanya kerana didorong oleh kepercayaan politik Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO.

Jumaat lalu, pemuda PAS juga membuat bantahan mereka di hadapan bangunanan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Pelbagai NGO juga membuat bantahan sama.

Umat Islam di Malaysia menzahirkan bantahan mereka kerana Muhammad, Nabi junjungan umat Islam. 

Jam 9 pagi esok, 23 September, PEKIDA Kota Damansara bakal menganjurkan bantahan antaranya terhadap kenyataan Ngeh dengan berhimpun secara aman di Plaza Tol Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Apakah masalah Ngeh sebenarnya?

Mudah.

Dia tidak memahami, status Nabi Muhammad sebagai Rasulallah dan kekasih Allah. Umat Islam berani mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan maruah baginda dan tidak sesekali menganggap membantah penghinaan terhadap Nabi sebagai kegiatan membuang masa dan tenaga.

Ngeh secara jelas mahu semua pengikut Twitternya membaca mesej dipaparkan itu. Jika dia benar ingin menujukan mesej itu kepada Khairy, mengapakah tidak menggunakan private messagesahaja?

Ngeh ...

Berhentilah mengeluarkan kenyataan kontroversi membabitkan agama lain. Saya dilahirkan di Perak dan amat tidak perkenan dengan kenyataan dungu dicatatkan.

Sebagai individu berstatus 'Datuk', gunakanlah fikiran dan kematangan sebelum membuat sebarang kenyataan mampu menyentuh perasaan umat Islam di negara ini.

Artikel ini KK petik Blog Mazidulakmal.com

No comments:

Post a Comment