
AQTOBE, Kazakhstan - Sebuah mahkamah yang terletak di sebuah bandar di barat laut Aqtobe, Kazakhstan telah menghukum 3 orang lelaki muda dengan menyabitkan mereka dengan kesalahan cubaan merancang untuk meletupkan kilang minuman keras tempatan yang dikatakan "menghina Islam".Ketiga-tiga mereka telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 ke 5 tahun bermula Selasa lalu.
Pada tahun lepas, pengarah kilang minuman keras berkenaan terpaksa meminta maaf kerana mencetak slogan "Kuasa Allah cukup untuk semua" dalam bahasa Arab pada penutup botol vodka keluaran syarikat berkenaan.

Mereka yang tertuduh berusia dalam lingkungan usia 17, 18 dan 19 tahun walaubagaimana pun tidak mengaku bersalah atas dakwaan tersebut.
Ahli keluarga mereka berkata kepada akhbar RFE/RL bahawa ketiga-tiga mereka telah diperangkap oleh ejen perkhidmatan keselamatan yang menyamar.
No comments:
Post a Comment