Gelaran Huguan Siou telah diberikan kepada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan ianya bersifat seumur hidup. Gelaran Huguan Siou hanya boleh dianugerahkan oleh Persatuan Kebudayaan Kadazanduzun Sabah iaitu sebuah pertubuhan bukan politik yang merangkumi 40 etnik di Sabah.
Gelaran ini adalah satu anugerah khas tertinggi bagi kaum Kadazandusun dan tertakluk di bawah Kuasa Tertinggi Koisaan di mana sekiranya terdapat kekosongan bagi kedudukan tersebut, maka Sidang Delegasi Luarbiasa akan diadakan untuk membincangkannya.
Namun, dalam keadaan di mana tiada yang dirasakan layak untuk memegang gelaran tersebut maka ia akan dibiarkan kosong sehinggalah pertubuhan ini menemui seorang yang layak.
Begitulah tingginya kedudukan Huguan Siou bagi kaum Kadazandusun di mana ia melangkaui anugerah kehormat biasa kerana ia bersifat ‘suci’ atau dalam darjat yang paling tinggi dan tersendiri mengatasi anugerah-anugerah kehormat yang lain.
Dengan itu, adalah merupakan sesuatu yang janggal, pelik, malah penghinaan terhadap kaum Kadazandusun sekiranya mana-mana pihak dengan sengaja mengada-adakan gelaran ‘Huguan Siou Malaysia’
Dalam pada sidang media selepas bebera hari Anwar di berikan gelaran tersebut, beliau dengan dengan terbuka "TELAH MENAFIKAN BELAIU MENERIMA DAN MENJADI HUGUAN SIOU KADAZAN DUSUN"
Tetapi lain pula berita yang di keluarkan oleh suara Keadilan :
TINDAKAN banyak pihak yang mempertikaikan gelaran tertinggi masyarakat Kadazandusun, ‘Huguan Siou’ yang dianugerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh PKR Ranau semalam, hanya membuktikan mereka adalah pihak yang buta sejarah dan tidak faham dengan adat negeri tersebut.
Hakikatnya, Anwar selayaknya mendapat gelaran tertinggi itu (yang setakat ini hanya dianugerahkan kepada beberapa orang pemimpin asal Sabah), berdasarkan jasanya yang begitu banyak terhadap rakyat negeri tersebut, sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.
Penulis telah menerangkan beberapa hari lepas bahawa istilah ‘kadazandusun’ ini tidak wujud dari segi sejarah.
Yang ada hanyalah etnik Kadazan dan Dusun yang sepatutnya wujud berasingan. Justeru, penggabungan itu mengubah keseluruhan struktur masyarakat kadazandusun di Sabah, tidak terkecuali anugerah ‘Huguan Siou’ ini juga yang sekarang boleh dianugerahkan kepada orang selain dari kaum tersebut, tidak terkecuali Anwar.
Orang seperti Presiden PBS, Tan Sri Pairin Kitingan (juga pemegang gelaran ‘Huguan Siou) yang lantang mempertikaikan penganugerahan ini sepatutnya cermin diri sendiri dulu sebelum boleh bersuara.
Tidak ada siapa yang mahu mendengar komen dari orang yang mempunyai rasa dendam dan sakit hati keterlaluan terhadap Anwar kerana dinafikan hak menjadi Ketua Menteri Sabah pada 1994 berikutan keluarnya 3 ADUN PBS untuk menyertai BN.
Umum tahu, Pairin menyalahkan Anwar sepenuhnya kerana perkara tersebut berikutan peranan yang dimainkan Anwar pada waktu itu atas kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri BN. Pairin sepatutnya melupakan sahaja perkara tersebut kerana selain sudah lama berlalu, masyarakat Kadazandusun itu juga sudah banyak berubah.
Seharusnya Pairin berlapang dada dan berbangga kerana masyarakat Kadazandusun sudah boleh menerima seorang lagi pemimpin agung dari luar, tidak setakat dari kalangan masyarakat tersebut sahaja.
Begitu juga dengan pemimpin seperti Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafei Afdal.
Jika Anwar berjaya dilantik menjadi Perdana Menteri, penghormatan itu akan turut sama dirasai masyarakat Kadazandusun, bahkan mencipta sejarah tersendiri bagi kaum hibrid tersebut. Siapa sangka seorang Perdana Menteri akan dilantik dari kalangan masyarakat kadazandusun, tak bangga ke?
Sampai mati pun penulis rasa tidak akan datang peluang itu, melainkan melalui penganugerahan seumpama ini ke atas Anwar.
Saya rasa penulis blog ini yang buta sejarah...nak tulis lebih-lebih untuk melobi tak guna. Silap-silap anak bini dirumah dah tak ada sesuap nasi pun..
ReplyDeletePemilik blog ini yang buta sejarah!!! Dah tahu anugerah 'HS' dianugerahkan secara bukan politik kenapa nak politikkan. Kalau nak melobi tu biar bertempat supaya sesuap nasi untuk anak bini dirahmati.
ReplyDelete