Friday, 22 February 2013

Suami Dakwa Bekas Tunang Fizz Fairuz Hilang Ingatan! #MeleTOP



Suami Dakwa Bekas Tunang Fizz Fairuz Hilang Ingatan! | KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2013: Krisis dan kekeliruan melibatkan aktor terkenal, Fizz Fairuz yang dilaporkan bertunang dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela pada minggu lalu dilihat semakin berlarutan apabila ada pihak mendakwa wanita itu adalah isteri orang.

Wanita tersebut pula tampil membuat kenyataan di akhbar Berita Harian, hari ini, dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah berkahwin dan Fizz boleh memeriksa di mana-mana pejabat agama.

Menurutnya lagi, tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu telah menjatuhkan maruah keluarga kerana Azlyn Massiela mendakwa ibu bapanya tahu mengenai perihal dirinya.


Akhbar Harian Metro hari ini pula menyiarkan kenyataan daripada ‘suami’ kepada bekas tunang Fizz Fairuz dengan mendakwa bahawa isteri keduanya itu hilang ingatan.


“Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” petikan kenyataan lelaki yang mahu dikenali sebagai Ramli di Harian Metro, hari ini.

Perbuataan yang dilihat sebagai satu usaha untuk membersihkan nama Fizz Fairuz yang dicemuh umum selepas tersebarnya status sebenar Azlyn Massiela setelah empat hari mereka bertunang iaitu pada 10 Februari di Kuantan Pahang.

Ramli juga mendakwa punca isteri keduanya itu berbuat demikian kerana kesunyian apabila kurang diberi perhatian oleh Ramli setelah beberapa tahun mereka bernikah di selatan Thailand.
“Wanita itu isteri kedua dana diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarga Azlyn sendiri. Tidak disangka perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz sekaligus memmburukkan namanya,”jelas Ramli yang turut meberitahu bahawa dia telah berjumpa dengan Fizz sendiri pada Sabtu lalu.

Ramli turut memberitahu bahawa dia jarang bertemu isteri keduanya itu kerana bimbang diketahui isteri pertamanya.

“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,”tambahnya lagi.

Sekali lagi Ramli memohon agar pihak umum tidak meletakkan kesalahan kepada Fizz yang didakwa telah ditipu oleh isteri keduanya itu sehinggalah majlis pertunangan itu diatur.

“Saya tidak meletakkan kesalah itu kepada Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin,”kata usahawan yang berumur sekitar 40-an.

Dia juga menjelaskan bahawa wanita itu kini masih isterinya yang sah walaupun mereka tidak pernah mendaftarkan perkahwinan yang berlaku di selatan Thailand di mana-mana pejabat agama di Malaysia.-murai.com.my


No comments:

Post a Comment