Saturday, 23 February 2013

[VIDEO] Panas !!! musibat @nikabdulaziz hina Penerima #BR1M binatang. @BeritaHarian



Mungkin ramai yang tak percaya dengan kenyataan Nik Aziz yang sanggup menggelarkan penerima BR1M sebagai "animal" atau Haiwan atau dalam bahasa yang mudah difahami lagi binatang la.... 

OK. sekarang KK keluarkan video berkenaan ucapan Pok nik sejurus pulang dari luar negara.  Video berdurasi 1:08 minit ini di keluarkan olehKLXpress  Sebelum itu jom kita renungkan serta fikirkan siapakah mereka ini. Apakah mereka ini boleh digelarkan sedemikian rupa.




KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’. Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari. 


Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia. “Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. “Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). “Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini. 
Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250. Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.


p/s : Kepada rakyat Baling mesti cam wajah penerima BR1M itu...... kalau tak tak kenal juga tunggu.....KK upload gambar MKK. tengah tunggu sahabat kk EMAILKAN gambar MKK tersebut.....

1 comment: