Sunday, 3 March 2013

AMARAN !!! Luahan hati dan Semangat kental Anggota @PDRMsia @HishammuddinH2O #Pray4Sabah

"Kami orang2 polis tdk akn berundur...biar­ putih tulang.. Jgn putih mata....."

Teringat kata2 terakhir salah seorang pejuang bukit kepong... Dan hari ini....semangat­ yg sama msih mengalir dlm diri kami...... Kpd yg terus pertikaikan... Ucapkn lah seribu tomahan..cercaa­n... Katalh apa shj semahu kalian..yg nyata... PERJUANGAN KAMI BUKAN SANDIWARA...kam­i POLIS DIRAJA MALAYSIA... Siapa saja kerajaan yg memerintah..kpd­ mereka kami taati.... NYAWA YG MELAYANG KRN PERTAHANKAN NEGARA BKN SANDIWARA... BUKAN LAKONAN...BUKAN­ TEATER UTK TONTONAN KALIAN... BERHIJAB LAH SEDIKIT BILA BERBICARA...SAB­AH NEGERI DIBAWAH BAYU...BIAR BAYU MENJADI TAUFAN..TIDAK AKAN SEKALI KAMI SERAHKAN KALIAN KEPADA PETUALANG...BIA­R BERMANDI DARAH..BIAR HANCUR LUMAT TULANG BELULANG....KAM­I PDRM DAN ATM......BUKAN SEBARANG... kpd semua rakyat malaysia.. Meski kami xselalu dihargai... Meski jasa kami tidak terpandang...tp­ ketahuilah... Andai kata petualang negara sudah berdiri dihadapan kamu menghunus senjata mengalirkn darah kalian... Ketahuilah.. Darah kami sudah terlebih dahulu kering dimedan tempur.

Dan untuk itu...doakanlah­ yg terbaik untuk kami wahai teman wahai sahabat... Jgn terus memfitnah tanpa belas.. Krn negara kami ikhlas..

Krn negara kami tinggalkn segala kepentingan dan keluarga... Kalaupun tiada penghargaan mampu diberi.. Hentikanlah mengeji... Jagalah hati keluarga mereka.. Terakhir kalinya... KAMI POLIS DIRAJA MALAYSIA....
bkn polis beraja politik... Siapa pemerintah kpd mereka setia bersumpah.... JANGAN MEMPOLITIKN TUGAS KAMI... fikir dgn akal yg waras.. Bukan menyukat dgn sukatan dangkal...

Ayat dan tulisan dari anggota PDRM. Tiada sebarang suntingan untuk mengekalkan keaslian mesej tersebut.

Wassalam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 2 March 2013

[Gambar] Pilu dan Tragis 2013 Tragedi berdarah #LahadDatu
























Jangan perjudikan nasib dengan perjuangan yang sia-sia. Kedalautan kita diceroboh. Ayohh !!! Pejuang Tanah air tekadkan semangat jangan biarkan bumi kita dijajah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mengapa @PDRMsia ambil alih tugas Tentera dalam Tragedi #LahadDatu.


Sebetulnya mesti sebilangan masyarakat Malaysia yang begitu perihatin terhadap gugurnya perajurit tanah air dalam tragedi Lahad Datu. Tahukan kita mengapa tugas mempertahankan dan mengusir 'penceroboh' Kedaulatan negara di pikul oleh Pasukan Polis Di Raja Malaysia bukanya Tentera.



Cuba fahami dan telusuri mengenai `Persoalan Kenapa polis tak tentera?


1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya).

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil).

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan.

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini.


P/S : Jangan kita lupa 'musuh-musuh' dalam selimut yang bergerak bebas dalam negara kita yang di taja oleh Pakatan Haram.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@NajibRazak Beri Kata Dua Kepada Kumpulan Bersenjata Sulu #LahadDatu. @BeritaHarian


Jenazah dua anggota polis Komando VAT 69, Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabaruddin Daud, 46 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh Sulu tiba pada pukul 12.30 tengah hari di Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang pada Sabtu.


Gambar 2 :
Orang ramai serta balu melawat Allahyarham Isp. Zulkifli Mamat
yang terkorban dalam tragedi Lahad Datu.

PM Beri Kata Dua Kepada Kumpulan Bersenjata Sulu.

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu memberi kata dua kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu supaya menyerah diri atau berdepan sebarang tindakan yang akan diambil pihak berkuasa Malaysia.

Perdana Menteri berkata masa untuk mempertimbangkan apa juga permintaan kumpulan penceroboh yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina sudah berakhir.

Kerajaan Malaysia amat bertegas dalam hal ini, kerana jenayah yang dilakukan oleh kumpulan penceroboh itu amat serius, katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota polis Komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh itu di Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang dekat sini, Sabtu.

"Saya telah menelefon Presiden Filipina Benigno Aquino Jr II berhubung pendirian kerajaan Malaysia itu malam tadi, dan beritahu padanya bahawa setelah berlakunya kejadian tembak menembak pagi Jumaat, kerajaan mengambil pendirian bahawa masa untuk mempertimbangkan apa jua permintaan kumpulan tersebut sudah berakhir.

"Dan mereka hanya ada dua pilihan iaitu sama ada menyerah diri ataupun menerima apa-apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa dan pihak keselamatan," katanya.
Najib berkata tindakan mereka menceroboh ke negara ini dengan bersenjata, dan diikuti dengan pembunuhan dua anggota keselamatan negara serta mencederakan tiga lagi anggota polis Komando VAT 69 bererti mereka telah melakukan jenayah yang cukup berat.
Untuk itu, kerajaan tidak akan membuka pintu rundingan lagi ataupun mempertimbang permintaan mereka, tegasnya.

Bagaimanapun, Najib enggan mengulas mengenai tempoh yang akan diberikan kepada kumpulan penceroboh itu untuk menyerah diri dengan hanya berkata: "perkara itu saya tidak dapat dedahkan atas sebab-sebab taktikal."

Pada Jumaat, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.

Dalam kejadian itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera, dan 12 anggota kumpulan itu maut.
Dua anggota komando polis yang cedera, Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Kpl Azman Ampong, 39, yang kini dirawat di Hospital Lahad Datu dilaporkan dalam keadaan stabil.

Seorang lagi anggota komando polis yang cedera Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli pula dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Jenazah Zulkifli dan Sabarudin yang diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau pada 7.55 pagi tadi tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)Subang pada 12.30 tengah hari ini sebelum dibawa untuk dikebumikan di kampung masing-masing.


Zulkifli dikebumikan di Kg Kubang Ikan, Besut, Terengganu dan Sabaruddin di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. BERNAMA. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas !!! Tudia #pas ambil kesempatan terhadap perajurit #LahatDatu.


Masih ingatkah lagi wahai Ahli PAS sekalian tentang Tabung Memali. Hampa kenal tak C.N Al-Afghani? Di kalangan orang Pas, nama itu tidak asing. Beliau merupakan exco Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah dari tahun 1991 hingga 1997.

Afghani atau nama sebenarnya Zainon Ismail Afghani telah menulis sebuah buku bertajuk Air Mata Di Bumi Memali yang diterbitkan pada 2010.

Dalam buku itu, beliau telah mendedahkan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali, iaitu tabung yang dilancarkan oleh Pas bagi membantu anak yatim dan balu mangsa Memali.

Pendedahan tersebut mencetuskan kontroversi. Isu tersebut panas dan ternyata ramai pemimpin Pas kurang senang.

Afghani sendiri mengaku beliau menerima ugutan sehingga terpaksa membuat aduan polis selepas penerbitan buku itu.

Sekarang ini pulak, puak PAS mengambil kesempatan menggunakan tragedi Lahad Datu untuk kepentingan politik. Yakinkah ahli PAS sekalian dengan pengurusan tabung berkenaan.

Sedangkan ahli dan penyokong Pas punya hak untuk tahu ke manakah wang kutipan tabung itu mengalir. Siapakah yang bertanggungjawab jika berlaku penyelewengan, bagaimana pula status tabung-tabung lain membabitkan parti itu?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kronologi Pencerobohan Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu. #LahatDatu



KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;
9 Februari - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
14 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
1 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.
Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
18 Februari - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.
Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. - BERNAMA

Benarkah @shilaamzah kutuk produk @1Malaysia ?


Kutukan itu secara tidak langsung memperlekeh dan pandang rendah slogan 1M'sia yang menjadi teriakkan dan kemegahan Najib Razak.


Umum mengetahui Nd Lala merupakan penyokong kuat kerajaan. Nd Lala juga banyak menghasilkan lagu-lagu Patriotik seperti PM kita, diari YB dan banyak lagi.

apa-apapun mungkin shila amzah tidak bermaksud untuk memperlekeh slogan 1 Malaysia. berliau cuba membezakan jenama milo yang diimport dan buatan tempatan.
.