Monday, 2 September 2013

[Gambar] Gempar !!! Kesulitan Amat Di Kesali, Rumah Terbuka Ahli Parlimen Baling #merdeka56 & #HariRaya AHLI PARLIMEN BALING @azeezputera @MukhrizMahathir #1Malaysia #KEDAHAMANMAKMUR



Penganjur menyediakan lebih 30 buah gerai makanan serta 60 jenis beraneka makan untuk pengunjung. Dianggarkan hampir 20000 ribu pengunjung menghadiri majlis rumah terbuka tersebut yang berlansung dari jam 11:00 pagi hingga 5:30 petang. Antara yang kelihatan semua AJK 4 Sayap serta VIP jemputan termasuklah YB Tajudin EXCO kerajaan Negeri Kedah.

Gambar yang sempat dirakamkan semasa jamuan tersebut.... 





















[Gambar] Tudia !! Makan "Free" siap boleh "TAPAU" lagi di Rumah Terbuka Ahli Parlimen Baling #merdeka56 & #HariRaya AHLI PARLIMEN BALING @azeezputera @MukhrizMahathir #1Malaysia #KEDAHAMANMAKMUR


Majlis rumah terbuka merdeka raya 2013 Ahli Parlimen Baling Dato' Azeez Rahim. Kemeriahan Merdeka Raya Parlimen Baling menarik perhatian dengan kehadiran hampir 20 ribu pengunjung. Gambar ini merupakan sebahagian usaha penganjura menghargai Rakyat Daerah Baling. Tanpa mengira peringkat Usia dan Bangsa menerima sumbangan kuih Raya yang diberikan sebagai saguhati. Sebanyak 30 ribu kotak kuih diedarkan.










BODOH Macam Haram !! Berbaju Kurung 'santap' Arak Malam #Merdeka56 . #rakyatnews #MeleTOP


Melampau dan memalukan, inikah yang dinamakan 'merdeka'. Bentuk budaya baru yang mementingkan sensasi, maksiat, budaya seronok yang melampau (utopia) yang menerapkan sikap individualisme.

Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema 'rumah terbuka Aidilfitri' anjuran kelab berkenaan.
Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama 'bintang-bintang' ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.

Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.

Beberapa petugas media juga menjadi 'mangsa' sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

"Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan," katanya selepas operasi berkenaan.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir kira-kira jam 4 pagi melibatkan 71 anggota penguat kuasa Jawi dan juga polis.

Mohamad Rais berkata, siasatan turut dijalankan ke atas penjual arak yang mana jika sabit salah boleh membawa didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.
Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.
Kedua-duanya dibawa ke Jawi sebelum diikat jamin dan kes disiasat mengikut seksyen 27 kerana berkhalwat dan jika sabit salah denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Generasi muda lebih cenderung menghabiskan masa berpesta dan berhiburan, menghadiri konsert, berpacaran dan bergaul secara bebas daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 1 September 2013

#TandaPutera : "Lu APA mau lagi" ! PAS ajak #DAP tengok wayang @cmlimguaneng #rakyatnews


Pas menasihatkan pemimpin-pemimpin DAP dan semua pihak yang membuat bantahan supaya menonton filem Tanda Putera terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang komen negatif atau mengambil tindakan drastik menghalang tayangannya.

Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu merupakan salah satu medium terbaik menyebarkan fakta sejarah kepada generasi pasca merdeka, sekali gus yakin semua pihak yang terlibat dalam pembikinannya melakukan kajian terperinci.

Menurutnya, pihak yang berasakan terdapat kesilapan dalam pembikinan Tanda Putera selepas menonton filem itu boleh membincangkannya secara membina untuk diperbetul bagi kepentingan generasi akan datang.

Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyiarkan filem itu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara atau lokasi khusus bagi semua pemimpin menontonnya dan membuat penilaian.

"Bagi saya filem itu berasaskan fakta sejarah, jadi semua pihak yang terlibat dalam pembikinannya mesti membuat kajian, buat satu cerapan mengenai fakta-fakta yang mahu dipertontonkan sama ada di peringkat penulis skrip, pengarah atau penerbit.

"Saya yakin kajian sudah dibuat sebab jika tidak dan fakta itu salah, maka akan dikritik, ditohmah dan macam-macam lagi kerana kita tahu sejarah tidak boleh diubah. Cuma untuk berlaku adil saya mencadangkan tontonlah dulu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Filem itu sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melarang tayangannya di negeri ini kerana mendakwa terdapat babak yang berbaur perkauman.

Walau bagaimanapun, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kemudiannya menyatakan beliau tidak pernah menghalang tayangannya sebaliknya hanya menasihatkan pengusaha panggung wayang di negeri tersebut berbuat demikian.

Mengulas mengenai arahan Guan Eng itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mengakui beliau turut keliru dengan kenyataan bercanggah Ketua Menteri berkenaan.


Sementara itu, mengulas cadangannya supaya semua Ahli Parlimen dan Senator dipertontonkan filem tersebut, menurut Takiyuddin, usaha tersebut boleh dilakukan bagi memberi peluang kepada semua pihak menyatakan pandangan dan kritikan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Itu bukan saya !! Gempar Stacy AF6 nafi Peluk Islam. #MeleTOP #rakyatnews #selebriti @inspirasiislami @aznilnawawiHM'


Berita tergempar juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy peluk Islam dengan nama Nur Aisyah Rabiah yang tersebar luas di Internet mengejutkan peminat, baru-baru ini.

Pelbagai reaksi diberi, ada yang gembira dan siap ucap tahniah dan tidak kurang juga keliru.

Bagaimanapun, Stacy yang dimaksudkan bukan penyanyi lagu Kasanova tetapi gadis lain yang nama sebenarnya Stelly.

Terang-terang gambar yang tersebar di Internet itu bukan Stacy. Jauh benar rupanya, langsung tak sama.

Ternyata Stacy tidak cepat melatah dengan isu itu, sebaliknya mengakui hanya tersenyum apabila ada peminat cuba mendapatkan kepastian mengenai perkara itu di laman sosial Twitter miliknya.

Anak jati Sabah ini lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri kerana kebenaran yang dia bukan gadis itu akan diketahui juga. Dia lega apa bila orang ramai tahu cerita sebenar dan tidak lagi memperbesar-besarkan perkara itu.

Kata Stacy, sebaik tahu cerita itu, ibunya bertanya kenapa tukar agama tanpa maklumkan keluarga terlebih dulu.

Namun, selepas menjelaskan gadis dalam gambar itu bukan dirinya, ibunya faham dan tidak lagi memanjangkan perkara itu. Stacy akui dia memang mengagumi agama Islam tetapi buat masa ini belum terfikir untuk bertukar agama.

Soal yang satu ini tidak boleh buat main-main, kalau betul mahu masuk Islam, biar serius dan ikhlas dari hati.

"Yang boleh saya katakan, buat masa ini hati saya belum terbuka. Saya belum bersedia, tak tahulah pada masa akan datang. Harap dengan penjelasan ini, orang ramai khususnya peminat tidak keliru lagi.

"Kalau nampak gambar saya berbaju kurung, jangan cepat buat kesimpulan saya bertukar agama seperti berlaku baru-baru ini.

"Apabila keluar gambar gadis itu peluk Islam, ada pula insan muat naik gambar saya berbaju kurung ketika menghadiri kenduri perkahwinan abang untuk menguatkan lagi bukti saya menjadi Muslim.

"Hidup dalam masyarakat majmuk, bukan perkara pelik jika kita pakai baju kurung," katanya.


Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[ Live ] Rumah Terbuka Ahli Parlimen Baling #merdeka56 & #HariRaya AHLI PARLIMEN BALING @azeezputera @MukhrizMahathir #1Malaysia #KEDAHAMANMAKMUR






Alhamdulilah kita diberikan kesempatan untuk betemu lagi, mengeratkan silatulrahim tanpa mengira peringkat usia, bangsa dan juga agama. Perpaduan dan keamanan yang dikurniakan dari Allah S.W.T kepada kita dalam sebuah Negara Malaysia.


Tudia.... Jangan risau makanan masih lagi banyak... Lepas makan kuih raya pun dapat..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 Gambar Ngeri !! Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Ditetak Ketika Bertugas. #rakyatnews #1Malaysia @buletintv3


Tergamak seorang lelaki apabila sanggup bertindak menetak tangan seorang pekerja TNB sehingga hampir putus di kawasan kediamannya. Kami di fahamkan pekerja ini di tetak semasa menjalankan tugas memotong 

Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.



Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.

"Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam. Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

KK : Kepada sahabt KK yang bertugas dimana Hargailah keselamatan anda semua. Berkhidmat secara profesional. Tolenrasi bila berhadapan denga karenah orang awam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.