Saturday, 5 October 2013

Pengantin Perempuan Mintak Maaf Nasi Kenduri Beracun. @rakyatnews #KEDAHAMANMAKMUR




PENGANTIN perempuan ‎yang majlis perkahwinannya di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu lalu menyebabkan kematian empat orang kerana keracunan makanan memohon maaf kepada semua yang terlibat atas ketentuan yang berlaku.

Haslina Yusof berkata, beliau sedih dan terkilan dengan kejadian yang menimpa sanak saudara dan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu.

Empat orang yang maut itu keracunan makanan selepas menikmati juadah kenduri kahwin berkenaan termasuk sepupu Haslina sendiri, Norshazana Mohd Rashid, 24, yang meninggaldunia di rumahnya di Sungai Petani."Saya tidak sangka boleh jadi begini," katanya kepada wartawan .

Haslina, 23, merayu agar tidak ada mana-mana pihak yang menaruh syak wasangka dan memberi tanggapan serong terhadap keluarganya.

Katanya, beliau dan keluarga sudah cukup menanggung malu atas apa yang telah terjadi.
Mereka juga tidak berniat untuk menganiaya sesiapa apatah lagi menaruh racun ke dalam makanan seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak.

Sementara itu, bapa Haslina, Yusof Ahmad, 52, juga terkilan dan sedih kerana tidak menyangka majlis perkahwinan pertama dalam keluarganya itu bertukar jadi bencana.

"Saya sebagai tuan rumah nak minta maaf banyak-banyaklah berlaku pada kenduri baru-baru ini. Saya pun tak sangka yang boleh jadi macam itu. Saya panggil kawan-kawan untuk datang makan kenduri ini dengan iklhas, tak ada niat nak buat jahat atau apa," katanya.

Apa yang menyebabkan beliau lebih terkilan ialah antara mangsa keracunan yang dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia itu adalah saudara-maranya sendiri.Yusof turut memaklumkan beliau dan ahli keluargnya juga cirit-birit dan muntah-muntah dan ditahan di hospital selama tiga hari. Mereka hanya dibenarkan pulang pada pagi Rabu.

Sementara itu, jenazah mangsa keempat, Wang Razali Yaacob, 56, selamat dikebumikan pada pagi Rabu di Tanah Perkuburan Masjid Al-Atiq, Kampung Merbok, Sungai Petani.

Allahyarham meninggal dunia pukul 7.15 malam Selasa di Hospital Sultan Abdul Halim setelah sakit perut dan muntah-muntah selepas pulang dari majlis perkahwinan itu.

Dua lagi mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut yang maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan dan Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.

Dalam pada itu, polis masih menunggu laporan perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mengumpulkan laporan berkenaan daripada empat buah hospital daerah dan dijangka akan siap dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalili Ariffin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh selepas menerima laporan itu bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk melihat unsur khianat atau kecuaian.

Setakat ini, 270 orang dilaporkan mendapatkan rawatan di hospital kerana keracunan makanan daripada majlis kenduri kahwin itu. 

Sumber.
 
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


Kerajaan Langgar Janji Tidak Naikkan Harga Minyak - @LokmanAdam @rakyatnews @NajibRazak


Kerajaan sepatutnya menunjukkan contoh dengan mengurangkan perbelanjaan dan gaji menteri terlebih dahulu daripada membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak.


Bakal calon Naib Presiden Pemuda Umno, Lokman Noor Adam memberitahu The Star Online bahawa terdapat beberapa pendekatan munasabah yang berupaya mengukuhkan kedudukan ekonomi negara berbanding mengambil jalan mudah dengan mengurangkan subsidi.

Harga minyak petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam 3 September lalu.

"Sebagai contoh, mereka boleh memotong gaji menteri dan timbalan menteri, mengurangkan elaun pengangkutan dan membekukan majlis semua acara yang tidak sepatutnya anjuran jabatan kerajaan.‎

"Mereka juga boleh membatalkan kunjungan ke luar negara yang tidak penting dan mungkin boleh memulakan majlis rasmi di hotel yang lebih murah," kata ahli politik kelahiran Batu Pahat, Johor itu dalam satu temu bual di sini.
Lokman berkata kenaikan harga minyak mula memberi gambaran negatif kepada kerajaan terutamanya persepsi golongan muda kerana ia jelas melanggar janji untuk tidak menaikkan harga barang selepas Pilihan Raya Umum.
"Golongan muda kebanyakannya mudah memberontak, mereka akan berjuang terhadap apa jua bentuk ketidakadilan dan ketidaksamaan.
"Dalam perkara ini, kerajaan telah melanggar janji mereka walaupun berpegang teguh kepada prinsip dan amalan 'janji ditepati'," katanya.
Beliau berkata kerajaan harus mengambil pendekatan yang munasabah dalam menangani masalah itu daripada membuat pengumuman yang akan mencetuskan kemarahan rakyat.
"Saya amat kecewa apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak. Ia seperti memberi ganjaran kepada rakyat bersempena 100 hari pentadbiran mereka," katanya.
Justeru, Lokman berkata beliau berharap dalam mengemudi sayap Pemuda yang boleh menjadi 'kumpulan pendesak' daripada hanya menjadi 'penyelesai masalah'.
"Saya yakin golongan muda akan menyertai kami sekiranya kami terus menyuarakan masalah mereka. Itulah yang sebenarnya dilakukan 'kumpulan pendesak'," kata Lokman.
Lokman yang akan menentang tiga pencabar untuk jawatan itu pada pemilihan parti yang akan datang turut berkata, beliau akan berjuang untuk kaum bumiputera.
Beliau berkata, ini kerana peningkatan kewujudan pertubuhan bukan kerajaan sayap-kanan Melayu yang mengambil alih peranan mereka.
"Oleh itu, sayap Pemuda dilihat sebagai lemah apabila hak Melayu dicabar oleh orang lain," katanya.
Ahli politik berusia 40 tahun itu berkata, keutamaan harus diberikan kepada kaum Melayu kerana mereka adalah deposit tetap Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
PRU-13 pada Mei lalu menyaksikan peningkatan ketara undi kaum Cina kepada pembangkang yang disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'tsunami Cina'.
Meskipun situasi itu mengejutkan Barisan Nasional, Umno berjaya merampas kembali sembilan kerusi yang tewas pada pilihan raya umum 2008, satu bukti sokongan Melayu yang kuat, kata Lokman.
"Kini kita harus fokus terhadap 'deposit tetap' kerana apabila kaum Melayu kuat dan bersatu, kaum-kaum lain tiada pilihan selain menerima hakikat bahawa mereka bergantung kepada kaum Melayu atau mereka akan kehilangannya. sumber

BODOH &BIADAP : PASANGAN KEKASIH 'UPLOAD' FOTO AKSI BERTUALA DI #FB @rakyatnews



Pasangan ini tanpa segan silu memuat naik foto mereka berbaring dalam keadaan separuh bogel ke laman FB sambil melafazkan kata-kata cinta dan rindu dendam terlarang.

kalau dah tak ada perasaan malu, jangan heran kalau ada budak melayu yang sanggup bunuh bayi sendiri dan campak bayi tu merata-rata.. Sebab tu ramai yang kata.., melayu sekarang makin layu.. Bukan layu kerana tak cukup makan.., tapi layu kerana nak ikut setan!!

Hakikat bahawa generasi belia sedang berhadapan dengan cabaran kebudayaan yang begitu serius.

Pada hari ini, generasi belia berhadapan dengan pelbagai bentuk budaya yang bersifat destruktif dan tidak menguntungkan negara. Hal ini terzahir daripada pelbagai salah laku dan masalah sosial yang berpunca daripada budaya  hedonisme, 'sensate' dan permisif.
Adakah ini pasangan masa depan yang bakal menggantikan Alvin dan Vivian?

Pemuda Kena Kerja Keras Tawan Sungai Limau - @khairy‎kj #PRKSgLimau #KEDAHAMANMAKMUR


Pergerakan Pemuda Umno perlu bekerja keras untuk menawan pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bagi memastikan Barisan Nasional (BN) merampas kerusi itu daripada PAS.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin berkata pengundi muda, yang meliputi kira-kira 11,000 dari 27,222 pengundi di DUN itu, kurang memberi sokongan kepada BN.
"Jumlah ini tidak begitu kecil atau besar namun Pemuda perlu melaksanakan lebih banyak program menyeluruh, termasuk agama, dan membabitkan belia untuk menawan golongan itu," katanya kepada pemberita, Jumaat.
Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada Majlis Belia Daerah (MBD) serta Majlis Belia Kedah dan Perlis di sini.
Setiap MBD menerima RM30,000 manakala Majlis Belia Kedah dan Perlis masing-masing menerima RM50,000.
Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Sungai Limau ditetapkan pada 23 Oktober manakala tarikh pengundian ialah 4 November selepas penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lepas.
Terdahulu, dalam ucapannya, Khairy yang mempertahan jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan 12 Okt ini, berkata beliau yakin perwakilan bijak menilai siapa layak memimpin sayap Umno itu.
"Kita perlukan orang yang ada pengalaman untuk memimpin Pemuda, tidak boleh langgar begitu sahaja, namun saya yakin perwakilan hanya memilih pemimpin terbaik.
"Saya menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan sama ada saya layak atau tidak untuk memimpin Pemuda," katanya.
Turut hadir Ketua Pemuda Umno Kedah Badrolhisham Hashim, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Aminuddin Omar. - BERNAMA
‎‎Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, 4 October 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Pentadbiran Persatuan Belia. @Khairykj Menteri Belia dan Sukan. @rakyatnews


Majlis yang berlansung di Dewan Besar MBAS, Alor Setar Kedah. Pada jam 4.00 Petang 04 oktober 2013. 

YB KJ mengajak pemimpin Belia serta persatuan belia bersama kerajaan yang sentiasa 'komited' membangunkan inspirasi belia.‎

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, 3 October 2013

Rowan `Mr Bean` Atkinson Disahkan Belum Peluk Islam‎ @inspirasiislami


Walaupun khabar angin mengenai pengislaman Mr Bean telah dinafikan namun sebagai umat Islam, kita berharap ia akan menjadi kenyataan. Bukan apa, bila ada individu terkenal seperti Mr Bean atau nama sebenarnya, Rowan Atkinson ini memeluk Islam, ia seperti menghebahkan kepada dunia tentang kesucian agama Allah ini hingga berjaya membuka pintu hati manusia memilih jalan yang benar.

Semuanya bermula bila ada khabar angin yang dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.comdan salah satu media Israel israellycool.com.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


Wednesday, 2 October 2013

AWAS !! TERJAMINKAH JIKA PENGAWAL KESELAMATAN PUNYAI REKOD JENAYAH. @rakyatnews @1malaysia


Kementerian Pelajaran perlu tegas menguatkuasakan syarat-syarat kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan bagi menjamin keberkesanan mutu perkhidmatan dan keselamatan warga sekolah dan aset kerajaan. Ini kerana pengawal keselamatan yang tidak mempunyai pengesahan tapisan keselamatan daripada pihak berkuasa akan mendatangkan risiko keselamatandi premis berkenaan, menurut Laporan Ketua Audit negara 2012.

Semakan audit di 35 sekolah terpilih mendapati terdapat seorang pengawal keselamatan sekolah mempunyai rekod jenayah. Laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini turut mendedahkan semakan audit yang mendapati terdapat 76 pengawal tidak dapat mengemukakan tapisan keselamatan dari balai polis berhampiran atau Kementerian Dalam Negeri bagi membuktikan mereka tiada sebarang rekod jenayah.

Terdapat juga pengawal yang melebihi had umur dan gagal mengemukakan kepada pihak audit laporan kesihatan dari hospital kerajaan bagi membuktikan mereka masih sihat dan menjalankan tugas sebagai pengawal.

"Rekod kehadiran pengawal di sekolah adalah rekod utama/asas yang amat penting bagi membuktikan pengawal hadir bertugas dan sebagai rujukan silang pihak sekolah untuk membuat pengesahan atau kelulusan bayaran terhadap tuntutan bulanan syarikat,"
katanya.

Jelas laporan itu, sesalinan rekod berkenaan juga hendaklah disimpan oleh pihak sekolah bagi tujuan semakan semula jika timbul sebarang isu berbangkit.

Sementara itu maklum balas Kementerian Pelajaran yang diterima pada 11 Jun 2013 yang turut dimuatkan dalam laporan audit yang sama menyebut Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat peringatan bertarikh 20 Mac 2013 kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah yang terlibat supaya mengeluarkan surat amaran serta mengambil tindakan pemotongan bayaran kepada syarikat perkhidmatan kawalan keselamatansekiranya berlaku pelanggaran kontrak.

- Bernama