Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts

Sunday, 5 January 2014

Aksi Poyo #Lifestyle @ibdil MEMALUKAN !!!!!!! @KhairyKj #Lifestyle



Ini cerita kita.. cerita dalam kain.. Tapi demi Perjuangan Alif, Ba, Ta kita terpaksa suarakan.. Agak terkasima juga melihatkan gelagat dan peall si Ibdil ni... kalau kita sebgai ahli dicawangan naik "muak" dan "loya" melihatkan gaya dan personalti si bedil ni.. 

sebilangan pembaca tersenyum simpul menonton klip video.. di bawah


Misi Perdana Menteri berhubung penggunaan media sosial bercanggah dengan hasrat Ibdilillah. Biarpun ramai pengendali blog menyuarakan bangkangan mereka, Ibdilillah terus membisu dan gagal menampilkan ketokohannya sebagai Pengerusi BMB UMNO.


Saturday, 5 October 2013

Pemuda Kena Kerja Keras Tawan Sungai Limau - @khairy‎kj #PRKSgLimau #KEDAHAMANMAKMUR


Pergerakan Pemuda Umno perlu bekerja keras untuk menawan pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bagi memastikan Barisan Nasional (BN) merampas kerusi itu daripada PAS.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin berkata pengundi muda, yang meliputi kira-kira 11,000 dari 27,222 pengundi di DUN itu, kurang memberi sokongan kepada BN.
"Jumlah ini tidak begitu kecil atau besar namun Pemuda perlu melaksanakan lebih banyak program menyeluruh, termasuk agama, dan membabitkan belia untuk menawan golongan itu," katanya kepada pemberita, Jumaat.
Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada Majlis Belia Daerah (MBD) serta Majlis Belia Kedah dan Perlis di sini.
Setiap MBD menerima RM30,000 manakala Majlis Belia Kedah dan Perlis masing-masing menerima RM50,000.
Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Sungai Limau ditetapkan pada 23 Oktober manakala tarikh pengundian ialah 4 November selepas penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lepas.
Terdahulu, dalam ucapannya, Khairy yang mempertahan jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan 12 Okt ini, berkata beliau yakin perwakilan bijak menilai siapa layak memimpin sayap Umno itu.
"Kita perlukan orang yang ada pengalaman untuk memimpin Pemuda, tidak boleh langgar begitu sahaja, namun saya yakin perwakilan hanya memilih pemimpin terbaik.
"Saya menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan sama ada saya layak atau tidak untuk memimpin Pemuda," katanya.
Turut hadir Ketua Pemuda Umno Kedah Badrolhisham Hashim, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Aminuddin Omar. - BERNAMA
‎‎Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, 4 October 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Pentadbiran Persatuan Belia. @Khairykj Menteri Belia dan Sukan. @rakyatnews


Majlis yang berlansung di Dewan Besar MBAS, Alor Setar Kedah. Pada jam 4.00 Petang 04 oktober 2013. 

YB KJ mengajak pemimpin Belia serta persatuan belia bersama kerajaan yang sentiasa 'komited' membangunkan inspirasi belia.‎

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, 5 September 2013

Panas !! Kerusi MT UMNO perlukah ADA pelapIs MUDA @tunfaisal #TF4MT @KhairyKJ @NajibRazak

Embedded image permalink

Memahami keinginan orang muda, ia perlu hadir dengan pengiktirafan suara mereka. Orang muda mahukan penglibatan mereka dalam penggubalan dasar serta polisi negara. 

Golongan muda ini penting supaya mereka berasa dihargai dan berpendapat bahawasanya masih ada pihak yang mendengar suara hati mereka. Golongan orang muda bukan sahaja mahukan idea mereka diiktiraf tetapi mahukan penyertaan serta penglibatan mereka diambil kira oleh pihak pentadbir. Jom kenali Calon MT

Saya tidak pernah terfikir untuk bertanding apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Walaupun begitu, pertandingan di peringkat MT dijadikan alasan oleh sekumpulan pengambil kesempatan untuk membezakan saya dengan Dr Novandri. Saya faham game mereka. Mungkin jika saya ada, gamemereka akan terjejas.

Keupayaan pemimpin UMNO memahami dan mengendalikan dunia media siber dan media sosial membuatkan saya berfikiran, mungkin elok juga jika ada golongan muda yang faham dan mahir tentang media siber dan media sosial bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.


Mungkin jika ada pemimpin di dalam MT yang boleh memikul tanggung jawab ini, maka UMNO tidak akan terpaksa untuk meng`outsource'kan tugas ini kepada pegawai dalam pejabat Perdana Menteri atau orang yang berada di luar kepimpinan parti. 

Soalnya sekarang, wajarkah saya bertanding sebagai MT dan apakah yang boleh saya tawarkan jika saya terpilih menjadi Ahli MT UMNO?

Wajarkah saya menawarkan diri sebagai MT atas justifikasi-justifikasi ini? 


Khairy umum 4 calon untuk jawatan MT UMNO dari Pemuda

Siapa agaknya akan menjadi pilihan ahli UMNO.Di  kalangan pimpian pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ada empat orang yang akan turun padang bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Mereka terdiri dari Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican, Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Unit Media Baru Tun Faizal Ismail Aziz.

Nama mereka diumumkan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra petang Rabu.

Beliau menjelaskan empat mereka ditampilkan ( jika dipilih) untuk meremajakan UMNO.

Khairy juga memberitahu empat calon akan berentap untuk jawatan Naib Ketua Pemuda yang akan dikosongkan oleh Razali yang cukup usia.

Mereka ialah Jamawi Jaafar, Lokman Nor Adam, Irwan Zulkifli serta  Khairul Azwan Harun.

Katanya semua mereka adalah rakannya dan boleh berkerjasama dengan mereka.- OLEH LUKMAN ABDULLAH- 4/9/2013


Lebih Panas dan menarik mengenai Tun Faisal Boleh rujuk di sini.

Kesediaan untuk tampil berhadapan dengan pembangkang.

Pemuda Umno: Pakatan tiada program bangunkan Melayu
Kadang-kadang kita mencari-cari siapakah Ahli MT UMNO yang sentiasa ke hadapan untuk berhadapan dengan media dan pembangkang bagi mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional. Tanyalah kebanyakan media, termasuk media online, mereka akan menyatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan pemimpin UMNO untuk diletakkan dalam pelbagai forum.

Saya mungkin di kalangan pemimpin UMNO yang banyak berhadapan dengan pemimpin pembangkang dalam pelbagai forum dan program bual bicara. Ada satu ketika, saya terpaksa hadir tiga slot forum bersama pemimpin pembangkang dalam satu hari, termasuk satu slot di mana saya terpaksa menjadi bidan terjun kerana ketiadaan pemimpin UMNO untuk berhadapan dengan Khalid Samad dan Muhamad Nur Manuty bagi bercakap tentang Melayu Pasca PRU13.


Tuesday, 27 August 2013

BN akui ketinggalan dalam kuasai media sosial. @tunfaisal @tun_faisal #1Malaysia


Dominasi Pakatan Rakyat (PR) di alam maya dilihat lebih ketara jika dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) dalam menarik penglibatan orang ramai di media sosial seperti Twitter, blog, dan Facebook.

Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz menerusi satu kenyataan kepada Antarapos berkata, ini kerana rata-rata pemimpin dan jentera BN yang ada ketika ini masih lagi di takuk lama dengan hanya bergantung kepada blog dan portal berita sahaja.

"BN masih ketinggalan dan kurang berkesan dalam menarik penglibatan orang ramai dalam media sosial.

"Pemimpin dan jentera BN masih berada dalam era blog dan portal berita," jelas beliau.
Tun Faisal berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini yang didakwa mengagumi kesungguhan Pakatan Rakyat dalam memberi ruang kepada orang muda untuk terlibat aktif dalam gabungan itu dan "pengurusan media sosial mereka yang sedikit lebih baik berbanding BN".

Menurut Exco Pemuda Umno Malaysia ini lagi, kebanyakan pemimpin BN ketika ini masih lagi belum benar-benar memahami penggunaan media sosial secara berkesan.

Malah, beliau mendakwa ada di kalangan pemimpin BN yang menganggap blog dan portal sebagai media sosial.

"Manakala dalam aspek media sosial, pemimpin BN belum sampai ke tahap memahami penggunaan media sosial yang berkesan.
"Ada pemimpin BN yang menganggap blog dan portal berita sama dengan media sosial," katanya.
Jelasnya lagi, penggiat media sosial pro-BN perlukan diberi latihan dan pendedahan semula mengenai strategi media sosial.

Katanya, ini kerana PR mempunyai jentera sepenuh masa yang dibayar bagi menggerakkan agenda mereka di laman sosial.

Justeru, Tun Faisal menggesa BN melakukan perkara yang sama."Penggiat media sosial pro-BN pula memerlukan latihan dan pendedahan semula mengenai strategi media sosial.
"Pada waktu yang sama,BN jangan terlalu naif memikirkan bahawa Pakatan tidak mempunyai jentera sepenuh masa dan berbayar dalam media sosial.

"BN perlu lakukan perkara yang sama," gesa beliau.

Antarapos

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 21 August 2013

Isu CCRIS: YB @Khairykj Cuba 'Melawan' Arus. peminjam PTPTN 'Dibela' #BN4Malaysia #NajibMyPM @im4uMsia #rakyatnews #1Malaysia


Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam dibawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda.

Jika sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menolak cadangan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar.
 
Sebaliknya, Menteri Belia dan Sukan itu menggesa Putrajaya supaya menggunakan mekanisma sedia ada untuk mengutip balik semula pinjaman PTPTN.
 
"Pergerakan Pemuda Umno tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan, yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.
 
"Pada pandangan Pemuda Umno, Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan," kata Khairy dalam satu kenyataan hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh semalam yang mengatakan PTPTN akan melaksanakan penyenaraihitaman peminjam PTPTN yang ingkar kepada CCRIS, bermula bulan ini.
 
Menerusi langkah itu, peminjam PTPTN yang ingkar akan menerima kesan dalam kemudahan institusi kewangan seperti permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli kenderaan dan rumah.
 
Katanya lagi, Putrajaya juga perlu menimbangkan situasi semasa peminjam PTPTN.
 
"Bahkan, keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam," tegasnya lagi. antarapos.

KK: Memang sukar hidup dalam 'CCris'.....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 19 February 2013

Waspada Individu Minta Wang, Mengaku Ejen #BL1M. @Khairykj


Untuk maklumat sila Layari www.bl1m.my utk pendaftaran online dan info. Bayaran hanya RM199 dengan cek/kiriman wang/bank draf atas nama MY E.G. SERVICES BERHAD.


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihat agar berwaspada dengan individu yang mengaku sebagai ejen Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dan meminta wang untuk menguruskan bantuan itu.


Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen BL1M dan tidak melakukan transaksi secara tunai.

"Kami hanya menerima bayaran RM199 menerusi kiriman wang kepada My E.G. Services Bhd selaku vendor bagi mengurus program itu," katanya kepada Bernama Isnin.
Beliau berkata setakat ini sebanyak 44 kes penipuan dilapor yang kesemuanya berlaku di kawasan luar bandar.

Tengku Azman berkata bagi menangani gejala itu pihak sekretariat menambah lebih 500 pusat pendaftaran BL1M termasuk 114 pusat ujian berkomputer (MyEG, MySpeed dan Komms) dan 400 pusat pendaftaran di seluruh negara dengan kerjasama Majlis Belia Felda, Gerakan Belia 4B dan Gabungan Pelajar Melayu (GPMS) yang mula beroperasi Rabu ini.
Tengku Azman berkata sehingga 14 Feb lepas lebih 130,000 permohonan bagi BL1M diterima dan tempoh pendaftaran juga dilanjut sehingga 1 Mac ini.

Beliau berkata Sabah mencatat pendaftaran paling ramai iaitu 13,900 permohonan diikuti Selangor dan Johor masing-masing 12,500 dan 11,050.
Pendaftaran juga boleh dilakukan di kaunter Ibu Pejabat Umno Malaysia, Menara Dato' Onn Kuala Lumpur dengan pembayaran secara dalam talian melalui kad Visa/Master dan semua e-banking Meps.

Orang ramai juga boleh menghantar permohonan serta 'Money Order' atau cek melalui pos ke alamat BL1M-Bantuan Lesen 1Malaysia, Pemuda Barisan Nasional, Tingkat 28, Menara Dato' Onn, Jalan Sultan Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Pada 31 Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program BL1M bagi memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal B2 pada harga lebih murah, iaitu RM199 berbanding harga asal RM350. -

BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









Wednesday, 31 October 2012

[ Video ] : Pemuda Desak Tangguh AES_ Ketua Pemuda UMNO @KhairyKj




Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tangguhkan Pelaksanaan AES


KUALA LUMPUR 30 Okt – Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu.
Menurut beliau pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan secara pro dan kontra dan kesimpulannya pergerakan itu mendapati terdapat banyak kelemahan yang ada pada sistem AES itu.
“Banyak rungutan mengenai lokasi kamera berkenaan…. Ada pandangan orang awam yang katakan lokasi itu tidak mencerminkan kebarangkalian berlakunya kemalangan. Banyak rungutan kawasan tersebut bukanlah kawasan yang dianggap tidak selamat atau bukan kawasan hitam.
“Keduanya ada tempat yang mana kamera diletakkan had lajunya tidak praktikal.. had laju rendah untuk diletakkan kamera dan banyak kenderaan yang melepasi had laju tersebut tanpa timbulkan masalah keselamatan. Ketiganya jarak kamera terlalu dekat dengan kawasan tertentu yang mana kawasan itu mudah untuk melepasi had laju.
“Kesimpulannya kami dapati bahawa ada banyak kelemahan pada sistem AES ini dan bukan kami tidak setuju kerana pada dasarnya sistem automatik adalah sistem yang baik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah sekiranya sistem berkenaan hendak dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlulah mengkaji beberapa aspek seperti lokasi, had laju dan mengadakan pendidikan umum.
“Bukan kita tidak sokong AES ini untuk jalan raya menjadi lebih selamat dan kami memahami bahawa ini tidak menghalalkan mereka yang melanggar undang-undang tidak dibawa pengadilan….AES menimbulkan banyak masalah.
“Jadi Pemuda desak kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES dan kami harap mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini dapat membincangkan perkara ini dan membuat keputusan atas permintaan dan desakan kami,” katanya.
Dalam pada itu Khairy turut memberitahu Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan berperanan sebagai pemduah cara dalam usaha membantu proses pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Kita buat perkara ini atas semangat kesukarelaan sendiri dan tidak diminta oleh mana-mana pihak. Cuma kami dapati bahawa pengedaran BR1M kepada penerima baru terutama golongan bujang yang tidak tersenarai dalam BR1M pertama perlu kita permudahkan proses dan membantu mereka.
“Saya dah minta setiap bahagian edar borang dan skuad utusan pemuda pergi ke kawasan kilang-kilang, kawasan orang orang muda dan sasaran kita adalah 2,000 setiap bahagian. Kita akan pergi ke kawasan yang ramai orang muda untuk edarkan borang dan sekiranya perlu akan kutip dan hantar borang BR1M 2.0 ke LHDN.
“Walaupun borang ini mudah dimuat turun menerusi internet, boleh diisi secara elektronik tetapi contohnya ramai pekerja kilang yang tidak sempat untuk isi secara elektronik dan kami akan hantar Skuad Utusan Pemuda untuk bawa borang berkenaan kepada mereka yang layak,” katanya.