Thursday, 5 September 2013

Panas !! Kerusi MT UMNO perlukah ADA pelapIs MUDA @tunfaisal #TF4MT @KhairyKJ @NajibRazak

Embedded image permalink

Memahami keinginan orang muda, ia perlu hadir dengan pengiktirafan suara mereka. Orang muda mahukan penglibatan mereka dalam penggubalan dasar serta polisi negara. 

Golongan muda ini penting supaya mereka berasa dihargai dan berpendapat bahawasanya masih ada pihak yang mendengar suara hati mereka. Golongan orang muda bukan sahaja mahukan idea mereka diiktiraf tetapi mahukan penyertaan serta penglibatan mereka diambil kira oleh pihak pentadbir. Jom kenali Calon MT

Saya tidak pernah terfikir untuk bertanding apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Walaupun begitu, pertandingan di peringkat MT dijadikan alasan oleh sekumpulan pengambil kesempatan untuk membezakan saya dengan Dr Novandri. Saya faham game mereka. Mungkin jika saya ada, gamemereka akan terjejas.

Keupayaan pemimpin UMNO memahami dan mengendalikan dunia media siber dan media sosial membuatkan saya berfikiran, mungkin elok juga jika ada golongan muda yang faham dan mahir tentang media siber dan media sosial bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.


Mungkin jika ada pemimpin di dalam MT yang boleh memikul tanggung jawab ini, maka UMNO tidak akan terpaksa untuk meng`outsource'kan tugas ini kepada pegawai dalam pejabat Perdana Menteri atau orang yang berada di luar kepimpinan parti. 

Soalnya sekarang, wajarkah saya bertanding sebagai MT dan apakah yang boleh saya tawarkan jika saya terpilih menjadi Ahli MT UMNO?

Wajarkah saya menawarkan diri sebagai MT atas justifikasi-justifikasi ini? 


Khairy umum 4 calon untuk jawatan MT UMNO dari Pemuda

Siapa agaknya akan menjadi pilihan ahli UMNO.Di  kalangan pimpian pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ada empat orang yang akan turun padang bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Mereka terdiri dari Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican, Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Unit Media Baru Tun Faizal Ismail Aziz.

Nama mereka diumumkan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra petang Rabu.

Beliau menjelaskan empat mereka ditampilkan ( jika dipilih) untuk meremajakan UMNO.

Khairy juga memberitahu empat calon akan berentap untuk jawatan Naib Ketua Pemuda yang akan dikosongkan oleh Razali yang cukup usia.

Mereka ialah Jamawi Jaafar, Lokman Nor Adam, Irwan Zulkifli serta  Khairul Azwan Harun.

Katanya semua mereka adalah rakannya dan boleh berkerjasama dengan mereka.- OLEH LUKMAN ABDULLAH- 4/9/2013


Lebih Panas dan menarik mengenai Tun Faisal Boleh rujuk di sini.

Kesediaan untuk tampil berhadapan dengan pembangkang.

Pemuda Umno: Pakatan tiada program bangunkan Melayu
Kadang-kadang kita mencari-cari siapakah Ahli MT UMNO yang sentiasa ke hadapan untuk berhadapan dengan media dan pembangkang bagi mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional. Tanyalah kebanyakan media, termasuk media online, mereka akan menyatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan pemimpin UMNO untuk diletakkan dalam pelbagai forum.

Saya mungkin di kalangan pemimpin UMNO yang banyak berhadapan dengan pemimpin pembangkang dalam pelbagai forum dan program bual bicara. Ada satu ketika, saya terpaksa hadir tiga slot forum bersama pemimpin pembangkang dalam satu hari, termasuk satu slot di mana saya terpaksa menjadi bidan terjun kerana ketiadaan pemimpin UMNO untuk berhadapan dengan Khalid Samad dan Muhamad Nur Manuty bagi bercakap tentang Melayu Pasca PRU13.


No comments:

Post a Comment