Friday, 20 September 2013

Kejutan !! Calon-Calon dari #KEDAHAMANMAKMUR menawarkan diri Bertanding di Peringkat Pusat #pau13. @MukhrizMahathir @suraya_yaacob @UBPU3KBB @SabrinaAzizan @MdNoorMdAmin #UMNO #rakyatnews #MM4VP #BeraniBerubah


“Kalau pembaharuan tak dibuat dalam Umno dan BN (Barisan Nasional) cuba bayangkan kemungkinan untuk kita dapat pertahankan 133 kerusi Parlimen yang ada sekarang, malah untuk tambah lagi. Itu yang saya bimbangkan. Wajib (berubah),” _DPMM

Pada Majlis Memperkenalkan Calon Umno Kedah yang akan bertanding di peringkat pusat pada pemilihan Oktober ini di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon di sini, Khamis.

Datuk Paduka Mukhriz Mahathir secara rasminya mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kehadiran beliau dalam politik negara bukan bertujuan untuk mewujudkan dinasti bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tetapi kerana minat beliau sendiri.

 

Calon yang disenaraikan bertanding dalam pergerakan Wanita ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Pendang Datuk Suraya Yaakob bagi jawatan Naib Ketua, Ketua Wanita Umno Kedah Datuk Maznah Abdul Hamid dan Naib Ketuanya Datuk Marlia Abdul Latif akan mempertahankan jawatan Exco Wanita manakala Ketua Wanita Umno Bahagian Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim akan bertanding Exco Wanita.

Naib Ketua Puteri Umno Shahanim Mohd Yusof akan bertanding jawatan Exco Wanita Umno dalam pemilihan pergerakan itu, sekali gus menamatkan spekulasi beliau akan bertanding jawatan Ketua Puteri.


Calon bagi pergerakan Pemuda terdiri anak bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akramsyah Sanusi bagi jawatan Ketua Pemuda, Ketua Pemuda Bahagian Alor Setar Setar Datuk Zubir Zabidi bagi jawatan Pengerusi Tetap Pemuda manakala Anggota Jawatankuasa Pemuda Pokok Sena Kamarul Salleh, Bendahari Pemuda Bahagian Baling Mohamad Noor Mohamad Amin dan Dr Mohamad Nawar Ariffin akan merebut jawatan Exco Pemuda.

 

Calon untuk bertanding dalam pergerakan Puteri Umno terdiri Ketua Puteri Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu Norsabrina Mohd Nor bagi jawatan Naib Ketua manakala Ketua Puteri Kedah Datin Norasimah Md Nowar bagi jawatan Exco Puteri.

Senarai calon bagi bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) ialah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum manakala Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim akan mempertahankan jawatan MT.

Tan Sri Badruddin Amiruldin pula akan mempertahankan jawatan Pengerusi Tetap Umno.Sementara itu, Suraya yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani dan Pembangunan Usahawan Kedah berkata perwakilan perlu memilih calon berkebolehan dan mempunyai kredibiliti yang mampu membawa perubahan dalam sayap Wanita.

Suraya berkata anggota Wanita negeri memberi sokongan padu kepadanya untuk bersama-sama membawa transformasi dalam sayap itu sekali gus dapat menarik lebih ramai wanita untuk menyertai parti.

Norsabrina, 34, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Negeri berkata beliau yakin semua calon Puteri akan bertanding secara sihat.


"Dalam mesyuarat terakhir Puteri bersama Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin kita janji akan buat persaingan yang paling sihat," katanya. 

KK : Kehendaknya..
hanya tuhan yang lebih mengerti
kedukaan yang aku lalui
kasih tuhan tak berbelah bagi
kepadanya cinta ku patuhi

terbuktilah hanya satu jalan
ternyatalah kalimah dan fitman
tak bergerak satu zarah jua
melainkan dengan izin tuhan.

terrarossa.


No comments:

Post a Comment