Monday 23 September 2013

PM @NajibRazak Tegur Rakyat Yang Hanya Pandai Kritik Kerajaan.Gempar !! #rakyatnews


Datuk Seri Najib Tun Razak menegur sesetengah kumpulan rakyat Malaysia di luar negara, yang hanya tahu mengkritik kerajaan tetapi tidak memberi sebarang sumbangan untuk kemajuan negara.

Perdana menteri berkata kumpulan seperti ini, tidak sepatutnya membuat kritikan negatif mengenai negara berdasarkan dakwaan yang dibuat sesetengah pihak atas kepentingan politik mereka.

"Orang seperti ini akan mengkritik negara tetapi tidak mempunyai sebarang idea bagaimana untuk memberi sumbangan kepada negara," katanya dalam satu majlis makan malam yang dihadiri pelajar dan rakyat Malaysia, di hotel Grand Hyatt San Francisco di sini pada Ahad malam.

"Kita tidak kisah akan kritikan itu, tetapi jangan percayakan mereka," katanya sambil menambah bahawa beliau yakin mereka (rakyat dan pelajar Malaysia) mampu untuk berfikir dan memutuskan sendiri sama ada dakwaan itu betul atau sebaliknya.

Najib berkata banyak lagi rakyat Malaysia yang menetap di seberang laut yang aktif dari segi ekonomi, mempunyai strategi yang baik, berdaya saing dan kebiasaannya berjaya dalam hidup.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment