Thursday 19 September 2013

Disini bermula segalanya bagi @MukhrizMahathir : Jawapannya Ada Di Sini. #UMNO #pau13 #rakyatnews #1Malaysia #Merdeka56 #BetterNation #HanyaDikedah #MM4VP #BeraniBerubah @buletintv3



Kenapa Mukhriz Perlu Tanding Naib Presiden Sekarang?

KINI apa yang dinanti-nantikan oleh semua orang benar-benar menjadi kenyataan - Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir secara rasminya mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.


Pengumuman yang dinanti-nantikan itu akan disahkan pada Sabtu ini apabila semua calon diwajibkan mendaftar hasrat mereka untuk bertanding di Ibu Pejabat Umno di PWTC, Kuala Lumpur.

Jika semua calon yang sebelum ini telah pun mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding mengemukakan borang pendaftaran Sabtu ini, maka kesemuanya akan ada enam calon yang bakal merebut jawatan panas itu.

Selain penyandang jawatan - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - mereka akan ditentang oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan bekas Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad.


Kini Mukhriz masuk gelanggang menjadikannya orang keenam yang mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan naib.

Tetapi sehingga jam 5 petang Sabtu ini, janganlah terlalu yakin yang jumlah calon terhenti setakat enam orang itu sahaja.

Mungkin ada lagi yang tiba-tiba muncul untuk menyerahkan borang pendaftaran. Siapa tahu.
Kembali ke Mukhriz, sememangnya beliau tidak mempunyai banyak pilihan melainkan turut serta dalam pertandingan ini.

Sebabnya mudah. Jika Mukhriz tidak berbuat demikian sekarang, dari segi hierarki kepimpinan, bermakna, beliau akan ketinggalan di belakang Khairy Jamaluddin yang selaku ketua pergerakan Pemuda Umno Malaysia adalah juga bertaraf naib presiden Umno Malaysia.

Ramai yang melihat ini sebagai tidak baik untuk kerjaya politik Mukhriz.

Bayangkan senario ini: dalam pemilihan sekali lagi tiga atau empat tahun dari sekarang, Khairy akan melangkah setapak di hadapan selaku ketua pemuda yang menawarkan diri untuk jawatan naib presiden sedangkan Mukhriz baru hendak menawarkan diri.

Jika ini berlaku, sudah tentulah Khairy memiliki kelebihan sepertimana Hishammuddin menawarkan diri bertanding kerusi naib selaku penyandang jawatan ketua pemuda dahulu.
Untuk pusingan akan datang, senario Khairy akan bertanding jawatan naib bukan lagi satu kemungkinan tetapi satu kemestian sesuai dengan umurnya yang telah matang dan kedudukannya yang telah kukuh dalam kepimpinan politik Umno.

Bercakap dari segi umur walaupun umur Khairy jauh lebih muda dari Mukhriz iaitu mereka dipisahkan hampir lapan tahun namun barang diingat yang mereka adalah seangkatan atau segenerasi dalam Umno.

Kedua-duanya aktif hampir serentak dan kedua-duanya bertanding jawatan ketua pemuda Umno Malaysia yang berakhir dengan Khairy menang menewaskan Mukhriz dan seorang lagi calon iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Dari sudut itu, Khairy mengatasi Mukhriz tetapi pada masa yang sama, Mukhriz tidak kalah segala-galanya.

Ini kerana dari sudut jawatan dalam kerajaan, Mukhriz terlebih dahulu mengatasi Khairy dengan dilantik sebagai timbalan menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa sedangkan Khairy tidak.

Namun begitu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, kedua-dua mereka kembali berada di tahap yang sama apabila Khairy dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan manakala Mukhriz pula menyandang jawatan Menteri Besar Kedah.

Kedua-duanya telah menunjukkan prestasi yang membanggakan malah di antara ramai menteri dan muka baru, mereka berdua adalah antara yang paling menyerlah dan menunjukkan kematangan serta potensi sebagai pemimpin di peringkat yang tinggi.

Jadi pendek kata, Mukhriz mahu tidak mahu perlu masuk gelanggang sekarang daripada menunggu satu lagi pusingan tiga atau empat tahun dari sekarang.

Dengan itu, jika Mukhriz ditakdirkan menang, maka di dalam hierarki parti, beliau akan meletakkan semula kedudukannya setaraf dengan Khairy yang sudah pastinya akan menang mudah jawatan ketua pemuda Umno yang juga bertaraf naib presiden.

Sumber Mstar.



KK: Umno Kedah bawa 3 calon yang akan bertanding Naib iaitu Datuk Mukhriz sendiri bertanding Naib Presiden, YB Datuk Suraya Yaacob bertanding Naib Ketua Wanita Umno dan YB Datin Sabrina Azizan bertanding Naib Ketua Puteri Umno




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment