Tuesday 10 September 2013

YB @SabrinaAzizan Calon #NKPUM bawa agenda sendiri pada #PAU13 untuk perubahan puteri #UMNO @PutriJiwaRakyat @UMBPU3KBB


Exco Pergerakan Puteri Umno, Norsabrina Mohd Noor berkata keputusannya bertanding jawatan Naib Ketua Puteri Umno tidak dipengaruhi pemimpin lain sayap itu, sebaliknya membawa jenama sendiri.

Katanya beliau tidak meletakkan sesiapa yang akan menjadi Ketua Puteri dan barisan jawatankuasa yang lain dan hanya membawa agenda tersendiri untuk "membawa perubahan" kepada parti.

"Saya bawa jenama dan diri saya sendiri, biar ahli Puteri yang nilai sendiri...ada tiga calon (untuk naib ketua) dan saya mohon sokongan daripada semua cawangan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Selasa.

Norsabrina berkata dengan pengalaman sebagai Ketua Puteri Umno bahagian dan Exco Puteri, beliau yakin mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai naib ketua Puteri.

Naib Ketua Puteri Umno, Shahanim Mohd Yusof akan melepaskan jawatannya pada pemilihan parti kali ini kerana sudah mencapai had umur 40 tahun.

KK : Pilihan terbaik untuk memperkasakan Puteri UMNO.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment