Showing posts with label sabrina. Show all posts
Showing posts with label sabrina. Show all posts

Sunday, 22 September 2013

GEMPAR !! TAWARAN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT #KEDAHAMANMAKMUR . @1malaysia @rakyatnews @SabrinaAzizan @UBPU3KBB #KJL1M


Daerah Kulim bakal digemparkan dengan kehadiran puluhan ribu pengunjung dari segenap pelusuk negeri Kedah apabila buat julung kali karnival Jalur lebar bakal dilansung disini.

Pelbagai Tawaran istimewa berkenaan LINE, SIMKAD, BROADBAND, malah BROADBAND 1 Malaysia yang dicari-cari tu pun ada kat sana. Malah dikatakan TM mahu meluaskan coverage UNIFI ke Alor Setar. Jangan lepaskan peluang. Karnival yang akan berlansung di Padang umum Kulim 27-29 Sep 2013. Karnival ini bagi dimeriahkan dengan kehadiran tetamu istimewa.

Apa aktiviti menarik kat sana?


Karnival Jalur Lebar Negeri Kedah ni dibawakan oleh Exco ICT kita Datin YB Sabrina. https://www.facebook.com/Sabrina4NKP3M

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 10 September 2013

YB @SabrinaAzizan Calon #NKPUM bawa agenda sendiri pada #PAU13 untuk perubahan puteri #UMNO @PutriJiwaRakyat @UMBPU3KBB


Exco Pergerakan Puteri Umno, Norsabrina Mohd Noor berkata keputusannya bertanding jawatan Naib Ketua Puteri Umno tidak dipengaruhi pemimpin lain sayap itu, sebaliknya membawa jenama sendiri.

Katanya beliau tidak meletakkan sesiapa yang akan menjadi Ketua Puteri dan barisan jawatankuasa yang lain dan hanya membawa agenda tersendiri untuk "membawa perubahan" kepada parti.

"Saya bawa jenama dan diri saya sendiri, biar ahli Puteri yang nilai sendiri...ada tiga calon (untuk naib ketua) dan saya mohon sokongan daripada semua cawangan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Selasa.

Norsabrina berkata dengan pengalaman sebagai Ketua Puteri Umno bahagian dan Exco Puteri, beliau yakin mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai naib ketua Puteri.

Naib Ketua Puteri Umno, Shahanim Mohd Yusof akan melepaskan jawatannya pada pemilihan parti kali ini kerana sudah mencapai had umur 40 tahun.

KK : Pilihan terbaik untuk memperkasakan Puteri UMNO.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 7 September 2013

SAH !! Calon bertanding #NKPUM EXCO ICT termuda di Kedah. #PAU13 #UMNO @PutriJiwaRakyat @SabrinaAzizan @UMBPU3KBB


Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi YB Datin Sabrina dapat merealisasi cita-cita beliau untuk terus membawa kecemerlangan Puteri UMNO Malaysia.

Kecemerlangan YB Datin Sabrina di bukitkan dalam pilihan raya umum ke-13. Apabila memenangi DUN Bandar Baharu, Kulim. YB Sabrina merangkap antara EXCO termuda di Kedah, Beliau bukan sahaja mengekalkan prestasi sebelum ini malah akan terus memacu kejayaan lebih cemerlang pada pilihan raya umum ke-14.

Sebelum menjadi ADUN, atas kelulusan dan kepakaran YB Sabrina, beliau ditawarkan menjadi CEO Biotech di Melaka. Orang berkebolehan ni letak kat mana pun depa boleh hidup. Pengalaman dan kematangan yang dimiliki YB Sabrina mampu membawa puteri ke arah kecemerlangan.

"Saya berharap pengalaman saya sebagai ketua Puteri Umno bahagian sejak pergerakan Puteri wujud dan memegang jawatan exco pergerakan itu sejak 2008 akan menjadi nilai tambah".

Dengan pengalaman yang dimiliki YB Sabrina menawar diri bertanding bagi jawatan Naib Ketua Puteri pada pemilihan UMNO kali ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.