Wednesday 18 September 2013

Gempar !! @MukhrizMahathir akan buat kejutan esok !! #UMNO #pau13 #rakyatnews #1Malaysia #Merdeka56 #BetterNation #HanyaDikedah

 Mukhriz Mahathir

Semua ahli Umno menantikan pengumumman yang bakal dibuat oleh DPMM yang akan berlansung di Kediaman Menteri Besar Kedah, Sri Mentalon pada esok hari 19 September 2013. Desah desus menyatakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir layak bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini, meskipun sebelum ini tidak menganggotai Majlis Tertinggi.

Ini kerana Umno Kedah merestui jika Mukhriz benar-benar mahu mengisi jawatan nombor tiga itu, walaupun tuan punya badan belum mengumumkan bertanding mana-mana jawatan.

Mukhriz yang juga Pengerusi Umno Kedah sebelum ini meminta semua pihak menunggu Khamis ini, untuk memperkenal calon-calon dari Kedah yang akan bertanding pada pemilihan kali ini.

Menurut sumber, besar kemungkinan Mukhriz akan menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan naib presiden.

Malah ura-ura yang bertiup kencang kebelakangan ini, termasuk analisis beberapa penganalisis politik juga menunjukkan kemungkinan jawatan naib presiden menjadi pilihan Mukhriz.

Reaksi positif daripada ketua-ketua Umno bahagian pastinya menguatkan lagi iltizam Mukhriz selain memberi keyakinan bahawa beliau sememangnya layak.

Ketua Umno Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berkata, rakyat Kedah khususnya ahli Umno pastinya memberi sokongan padu jika Mukhriz berhasrat bertanding jawatan itu.

Ini kerana, kehadiran beliau dalam pemilihan itu diibaratkan mewakili golongan muda yang wajar diberi peluang menimba pengalaman di peringkat tertinggi.

“Kita perlu pelapis pada PRU14 kelak, sudah tiba masa ketengahkan pemimpin muda di peringkat tertinggi,” katanya.

Nawawi yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, mana-mana pihak tidak perlu mempertikai kelayakan Mukhriz bertanding jawatan itu, kerana selaku Pengerusi Umno Negeri dan Menteri Besar, secara automatik menganggotai Majlis Tertinggi.

“Tidak perlu pula persoal tempoh beliau dalam Majlis Tertinggi, sama ada dilantik atau bertanding. Ia bukan suatu isu, yang penting kesediaan beliau dan kelayakan memegang jawatan itu,” katanya.

Menurutnya, pemimpin baru atau lama juga tidak perlu dijadikan faktor penentu, kerana pemimpin baru wajar diberi peluang mewakili suara orang muda.

“40 peratus pengundi adalah golongan muda, wajar calon juga daripada golongan itu untuk timba pengalaman. Ini antara proses meremajakan semula Umno,” katanya.

Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hasan Sarif menyatakan sokongan penuh jika Mukhriz mahu bertanding jawatan nombor tiga itu, kerana layak diketengahkan sebagai pemimpin pelapis.

“Semua ahli wajar bagi sokongan jika mana-mana pemimpin muda dari negeri ini berhasrat bertanding pada pemilihan. Sudah terbukti beliau mampu membawa perubahan di Kedah, saya percaya beliau juga mampu mencetus idea dalam membantu presiden dan timbalan presiden memacu parti ke arah yang lebih baik,” katanya.

Menurutnya, tidak timbul soal calon daripada kalangan orang lama atau orang baru, yang penting calon terbabit mampu melaksana agenda rakyat dan berkarisma.

“Saya percaya Mukhriz disukai semua lapisan masyarakat, malah diyakini mampu cemerlang jika diberi mandat menduduki tempat tiga teratas dalam kepimpinan parti,” sinar.

Kita samalah menantikan detik dan ketika apakah kesediaan DPPM untuk berada di kerusi nombor tiga, Parti kerama UMNO.

No comments:

Post a Comment