Tuesday 24 September 2013

Ustaz ambil kesempatan ketika mengajar 'tuisyen'. @rakyatnews

gambar hiasan

Polis menahan seorang guru agama di sebuah rumah di Jalan Sungai Tua, Selayang dekat sini semalam bagi membantu siasatan kes liwat seorang murid lelaki berusia lapan tahun.

Suspek yang berusia 28 tahun ditangkap pada pukul 10 pagi selepas bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Menurutnya, mangsa sebelum itu menceritakan kejadian tersebut kepada bapanya ketika ditanya alasannya tidak lagi mahu mengikuti kelas tuisyen guru agama berkenaan.

Kejadian itu katanya, terbongkar apabila mangsa tiba-tiba menangis selepas dikejutkan bapanya untuk ke kelas tuisyen pagi semalam.

"Mangsa menceritakan apa yang berlaku kepadanya setiap kali dia ke kelas tuisyen di rumah guru berkenaan kepada bapanya.

"Hasil laporan pemeriksaan ke atas mangsa di Hospital Selayang turut mengesahkan terdapat kesan koyakan pada dubur murid lelaki itu," katanya hari ini.

Tambah sumber itu lagi, polis turut merampas cadar dan sarung bantal milik suspek di rumahnya bagi membantu siasatan.

"Suspek direman bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment