Kekecohan berlaku akibat kenaikan harga minyak ! Seperti di laporan ini.
Apa yang berlaku sebenarnya diperjelaskan di bawah ini.Isu ini sebebenar
ciptaan ' pembangkang'.
Menurut laporan Harian
Metro hari ini, pekarangan sebuah stesen minyak di Durian Tunggal, di
sini, gempar selepas seorang lelaki warga emas yang beratur untuk mengisi
minyak tertekan pedal minyak lalu melanggar deretan kenderaan dan pam minyak,
malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam, Abd Rani Baba, 59, yang
memandu Kia Spectra dikatakan terlelap seketika sebelum terjaga dan tiba-tiba
tertekan pedal minyak kereta dipandunya itu.
Kenderaan itu kemudian hilang kawalan lalu merempuh kereta
Puegeot yang mengisi minyak dan tiga kenderaan lain iaitu Toyota Vios, Proton
Wira dan Iswara.
Kejadian bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan
atau kemalangan jiwa.
Foto
Pemilik stesen minyak berkenaan, Mohd Farid Abu Bakar
berkata, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta Kia
Spectra itu meluncur laju sebelum merempuh kereta Peugeot.
"Selepas kenderaan mangsa terhenti, orang ramai
membantu mengeluarkan warga emas itu yang tidak mengalami sebarang
kecederaan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, beliau kesal dengan dakwaan mengatakan berlaku
pergaduhan dan kekecohan di stesen minyak berkenaan yang tersebar luas malam
kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali
Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian
membabitkan lima kenderaan.
"Dakwaan mengatakan berlaku kekecohan di stesen minyak
itu tidak benar sebaliknya ia hanya kemalangan kecil," katanya, semalam.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Muhabir Ibrahim turut menafikan pergaduhan di
stesen minyak berkenaan.
"Maklumat awal diterima mendakwa berlaku satu
pergaduhan di stesen minyak berkenaan seperti yang tersebar luas di Internet
sebelum anggota KPDNKK melakukan tinjauan di tempat kejadian.
"Selepas siasatan difahamkan berlaku salah faham
seperti gambar yang tersebar di Internet seolah-olah menggambarkan berlaku
pergaduhan sehingga orang ramai membuat andaian sendiri," katanya yang
melakukan tinjauan di stesen minyak berkenaan, semalam.
No comments:
Post a Comment