SYAHADAH,IBADAH,AMALAN KITA SAMA DAN TUJUAN KITA ADALAH SAMA.
Tuesday, 3 September 2013
Nak nafi apa lagi !! Terima saja kita yang pilih. ! @NajibRazak #1Malaysia #RakyatDidahulukan #rakyatnews
Janji tinggal janji..... selebihnya kita fikirlah sendiri sebab dan keperluan... ayat member aku cakap " dulu tok aku pun muda".....
Harga petrol: Ikuti Penjelasan Perdana Menteri
Sebahagian langkah
penyusunan semula subsidi untuk kukuh kewangan negara
Putrajaya: Harga minyak RON
95 serta diesel dinaikkan 20 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam tadi
sebagai sebahagian langkah penyusunan semula subsidi yang akan dilaksanakan
secara berperingkat oleh kerajaan.
Berikutan itu, RON 95 kini
dijual pada harga RM2.10 seliter manakala diesel RM2 seliter.
Langkah itu yang diputuskan
pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang dipengerusikan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam adalah antara inisiatif ke arah
mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam berdepan persekitaran ekonomi dunia
yang semakin mencabar.
Pada mesyuarat itu, FPC
juga memutuskan supaya kerajaan menimbangkan secara lebih teliti pelaksanaan
projek sektor awam dengan memberi keutamaan kepada projek dengan kandungan
import rendah, tetapi mempunyai kesan penggandaan yang tinggi.
Pelaksanaan projek yang
mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang
sewajarnya bertujuan menangani lebihan akaun semasa negara yang semakin
berkurangan.
No comments:
Post a Comment