Wednesday 25 September 2013

Rasa Meluat !!! Dengan sikap dan pendekatan yang digunakan EXCO Pendidikan Kedah ni, #KUIN @MukhrizMahathir #BeraniBerubah #KEDAHAMANMAKMUR



Ini kisah terbaru yang Panas !! Pendedahan dari Kedah Ke KL yang di dedahkan jentera Siber Kedah. Dengan niat yang baik lagi tulus demi untuk melihat Pentabiran kerajaan Barisan Nasional menepati janji serta berintegriti selaras dengan Manifesto yang digunakan ketika PRU13 yang Lepas.



Bukan bermaksud untuk menganggu serta mencorakkan pentadbiran Di KUIN tetapi sekadar menegur sikap dan perangai serta tabiat "EXCO" ini. Exco Pelajaran mempercayai 'salah orang' untuk membuat perubahan dalam KUIN. Exco terbabit katanya mempercayai 'Bekas orang kuat Jamil' untuk menyusun semula struktur KUIN.


Email yang di hantar 'orang dalam KUIN'

Oleh Insan Pena

Kerajaan Kedah Wajib Ambil Peduli Pendedahan Ini
Siapa dibelakang isu lantikan Rektor KUIN?

Kenapa bukan calon dari bidang Pengajian Islam yang diletakkan?

Dah lupa pada janji anda untuk memartabatkan program asal KUIN?

Apa peranan Kementerian dalam mengatur Rektor KUIN?

Sejak bila perlu ada panel temuduga untuk jawatan tersebut?

Eh punyalah temuduga tengok-tengok calon yang dipilih tak ada Dr. Tak letak atau memang tak ada?

Rektor adalah bekas orang Kementerian. Temuduga oleh Wakil Kementerian. Tak pelik ke?
 
Apa pula peranan Sayuthi Sanusi dalam perancangan ini? Kenapa beliau ada semasa proses temuduga berlangsung? Kenapa perlu hadiri Sidang Dun sedangkan Jawatan beliau hanya Pengarah Hal Ehwal Akademik? Sepanjang hidup Sayuthi ni pernah ke UNDI BN? Siapa Mak Bapak dia? PAS ke UMNO? 
Dato Tajul terlibat sekali? Apa peranan Dato Tajul? Selalu sangat bersama Sayuthi ni ada apa-apa ke? Tajul ni tak kenal siapa Sayuthi ini. Dia ni pendokong kuat Rektor lama dan Kerajaan lama. Dia ni PAS takok. Sayuthi ini adalah orang yang bertanggungjawab berkaitan Hal Ehwal Akademik dan selalu terlibat dengan pihak Kementerian. Adakah beliau terlibat dalam percaturan Rektor KUIN?

Orang PAS tukar baju UMNO terus tajul percaya. Sebelum PRU ni Tajul tak tahu ke isu KUIN? Jawapan dalam sidang DUN hebat. Terduduk pihak lawan. Tetapi sedarkah anda maklumat yang diperolehi itu dari siapa? Sayuthi hanya menyerahkan kepada anda sedangkan maklumat tersebut telah pun disampaikan kepada MB sebelum itu lagi. 
Anda tak tahu isu KUIN tak perlu tunjuk pandai. Apa peranan Sayuthi dan Tajul dalam isu Fakulti Perubatan KUIN? Kenapa Mahsa diketepikan sedangkan mereka telah pun mendapat surat tawaran rasmi? Siapa dalang dari dalam Kuliah Perubatan KUIN? Kami tahu semuanya. Bersediakah MB Kedah untuk menjawab dan mempertahankan EXCO ini? 
Rektor baru tapi pembantu dan pemandu Rektor tersebut, masih mengekalkan yang lama. Apa permainan politik yang cuba mereka mainkan disini? Bila orang tegur taknak dengar, jangan sampai KUIN rosak buat kali kedua!

Inilah akibat dan kesan dari sikap sambil lewa dan ketidak seriusan sesetengan pemimpin politik dari Kedah yang mengaggap "MEDIA BARU" sebagai tidak penting. Sedangkan 'ISU KUIN" telahpun didedahkan oleh pelbagai pihak termaksulah "team Media Kedah". 

APAKAH BN DI KEDAH CUBA MENETAPKAN "BOM JANGKA" ?

No comments:

Post a Comment