Wednesday 4 September 2013

Melampau !! Penerbit filem diancam bunuh oleh 'kiasau'. #TandaPutera @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi #rakyatnews #1Malaysia


Hati mana yang tak takut apabila diugut bunuh hanya kerana 'tanda putera'. Kadang-kadang rasa pelik juga dengan mentaliti rakyat negara kita. Kalau filem orang putih tak masuk akal dan tak ikut fakta pun disanjung tinggi, kalau filem sendiri dihina dan dicerca bermati-matian.

Penerbit dan pengarah tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba mendedahkan selain menerima pelbagai cercaan dam makian beberapa pihak gara-gara penghasilan filem penuh kontroversi, Tanda Putera (yang kini masih lagi ditayangkan di pawagam), beliau juga pernah menerima ancaman bunuh dan ugutan pejabatnya dibakar andai tayangan filem itu diteruskan.


"Sebenarnya selepas kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan surat nasihat (kepada pawagam), bertimbun maklum balas kami perolehi, samada di laman sosial, email mahupun panggilan telefon. Saya tidak kisah komen, tetapi biarlah bukan menghina atau mencerca.


"Lebih teruk, ketika pengumuman tayangan filem ini dibatalkan tahun lalu, saya menerima ugutan bunuh. Individu terbabit juga mengancam mahu membakar pejabat saya sekiranya saya teruskan penayangan filem ini. Ada juga yang mahu campak saya ke neraka. Siapa yang tidak takut.

"Saya hanya pembikin filem, kenapa memberi reaksi melampau. Apabila semakin banyak ugutan sebegitu, saya jadi lali. Saya tidak membuat laporan polis kerana orang sebegitu hanya berani apabila kita tidak mengetahui identitinya. Kami bertawakal kerana yakin nawaitu kami ketika menghasilkan Tanda Putera", katanya.

sumber : Berita Harian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment