Friday, 3 January 2014

KERAJAAN @NajibRazak ZALIM !! PENDIDIKAN KEBANGSAAN "HAPRAK" . @chegubard


Begitulah, apabila akal telah dipenuhi dengan nafsu duniawi. sangkanya, apabila bersyukur bermakna tunduk mengakui kebaikan kerajaan semata. Akal tidak mampu meletakkan Allah di tempat sewajarnya. Marilah tinggalkan sebentar ego manusia. Kehidupan kita tidak akan ke mana2 akhirnya kepada Dia juga.

Ingatkan kutuk-kutuk Kerajaan, demo sana demo sini menentang Kerajaan, pastinya ahli politik pembangkang tidak percaya dengan sistem yang dilaksanakan oeh Kerajaan. Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang sendiri pernah berkata bahawa tahap pendidikan negara semakin merudum.

Tup tup Chegubard, anarkis penentang Kerajaan yang sentiasa berada di barisan hadapan sewaktu mana-mana demo yang dianjurkan oleh pembangkang, kelihatan malu-malu anjing menghantar anak beliau ke sekolah Kerajaan. Zalim sungguh Kerajaan Barisan Nasional sehingga memaksa Chegubard menghantar anak beliau ke sekolah Kerajaan.

Tentu Chegubard dan anaknya dizalimi Kerajaan pusat dengan fasiliti pembelajaran sekolah yang sempurna, yuran percuma, bantuan buku teks dan bantuan RM100 untuk pelajar sekolah. Zalim sungguh!

Wajah Sebenar EXCO Makan gaji Buta ? @inspirasiislami @n_izzah @anwaribrahim


Muslihat ahli Politik ?? Kalau hampa buat keja elok pasti pekara ini tidak akan berlaku....

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi berkata, beliau tidak mengetahui mengenai serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim di sini.


Serbuan yang dilaksanakan oleh JAIS sehingga dapat merampas 321 Bible dalam versi Bahasa Melayu pada hari ini tidak diketahui malah tidak direstui oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Exconya. Ini diakuinya dalam kenyataan beliau di dalam Malaysian Insider. Persoalannya, adakah YB Exco Selangor cuba bermain politik di dalam urusan agama yang diuruskan beliau?

 

Adakah salah JAIS cuba menjalankan tugas mereka? Jika semua tindakan perlu tanya dengan ahli politik , adakah JAIS boleh laksanakan tugas mereka dengan TELUS?




Thursday, 2 January 2014

Artis kongsi pengalaman diserang peserta himpunan haram. @NjwaLatif #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis #TURUN


Persembahan artis pada Konsert Ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam kelmarin, terjejas apabila pelbagai objek termasuk botol air mineral dibaling ke pentas dipercayai oleh peserta perhimpunan haram.

Dalam kejadian itu, artis terpaksa berhenti menyanyi dan bertempiaran lari ke belakang pentas apabila keadaan kecoh.

HIP menghubungi dua artis iaitu Aweera dan Puteri Caroline yang membuat persembahan pada konsert itu untuk berkongsi detik cemas mereka.

Selain dua penyanyi terbabit, konsert itu dijayakan Amy Search, Zainal Abidin, Najwa Latiff, Bob Nathan dan Reno. Difahamkan, artis yang lebih awal membuat persembahan tidak melalui detik cemas berikutan keadaan masih terkawal.

Tak sangka gembira bertukar huru-hara

Mengakui terlihat botol minuman melayang ke pentas, Aweera tidak menyangka peserta perhimpunan haram bertindak di luar kawalan hingga menimbulkan kekecohan melampau.

“Ramai artis membuat persembahan dan setiap artis menyanyi antara dua hingga tiga lagu. Ketika saya mendendangkan lagu kedua, saya nampak keadaan mula kecoh dengan perusuh masuk ke tengah padang.

“Apabila Jay Jay membuat persembahan, keadaan mula tegang dan polis mengawal keadaan di depan pentas. Ketika Caroline menyanyi, mereka membaling botol ke arah pentas.

“Suasana menjadi lebih huru-hara kira-kira jam 11.55 malam sehingga persembahan pentas terpaksa dihentikan sepenuhnya,” katanya.

Artis dikurung hingga 1 pagi

Aweera berkata, bagi mengelak kejadian tidak diingini, semua artis ditempatkan di Bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan Dataran Merdeka.

Dia berkata, semua artis menunggu di bangunan itu sehingga jam 1 pagi sebelum dibenarkan pulang.

“Kejadian begini tidak patut berlaku. Ini kerana kita sedang gembira menyambut kedatangan tahun baharu. Kita perlu fikirkan soal keselamatan pengunjung lain terutama kanak-kanak dan wanita.

“Saya tak takut, cuma risaukan keselamatan penonton lain yang datang untuk berhibur. Sebagai rakyat, kita perlu berfikir secara rasional dan bukan mengambil tindakan melulu sehingga menimbulkan kekecohan,” katanya.

GEMPAR !! GERAKAN PROTES & BOIKOT KFA /"TEAM HIJAU KUNING" 15 JAN 2014 INI ? @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


SIAPA DALANG !!! SIAPA "KEPALA" !! KENAPA PADA MASA 2008-2012 ZAMAN KEJATUAHAN PASUKAN KEDAH TAK DAK BENDA MACAM NI BERLAKU ? SEDANGKAN APA YANG PENTING IALAH KEJAYAAN ? MANA PI HABIS PERSATUAN MASA ZAMAN TERSEBUT... TAK BUNYI PUN....


Satu majlis pelancaran jersi dan pasukan akan dilangsungkan bersama peminant setia hijaukuning, nantikan 15 Januari ini. Bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman. Apakah ada "himpunan" protes logo baru akan di adaakan semasa Majlis itu berlansung ? 



Jika dilihat pada status yang dikeluarkan di Fb akan ada gerakan/tindakan untuk mengadakan protes besar-besaran di Majlis itu Kelak.



Logo tu memang maruah, tapi yang lebih penting kewangan dan sponsor dari pihak yang nak bantu pasukan Kedah ni. Kalau dok sibuk dengan logo saja pun tak guna, kalau duit takdak. Pemain nak makan apa, sewa stadium sapa nak bayar? Perancangan masa depan bola sepak Kedah lagi. Lebih baik kita tumpukan kepada semua itu dari nak bantah logo baru ni.

perasaan orang lama yang berat hati nak tukar logo, tapi pandanglah kearah kebaikkan, pandanglah kearah kemajuan. Kita boleh buat brand baru untuk niagakan logo baru kita ni. Persatuan boleh cari duit, mungkin ada pihak sponsor yang tertarik dengan imej baru bola sepak Kedah.

Kita ambil Johor DT sebagai contoh, macam mana depa niagakan brand baru JDT hinggakan orang luar Johor pun tertarik dengan baju dan poster JDT. Itu contoh, bukan Mc nak puji JDT tapi mereka merupakan salah satu pasukan bola yang digeruni, walaupun pada hakikatnya tak kuat mana.. he he he..

Kepada brader-brader otai bola sepak yang dok marah tak tentu pasai, dok hingaq sampai nak buat demo tu, pikiaq la pat lima kali brader. Apa yang orang buat hanya untuk kebaikan bola sepak Kedah, takkanlah ada orang saja-saja nak pelingkup pasukan bola sepak negeri sendiri ? 
SAMBUNG BACA DISINI

Wednesday, 1 January 2014

Hina dan Penjual Agama !! @khalid_ismath DEDAH SIAPA @UstazAzharIdrus . #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis

Photo: Allahurabbi..siapa kenal mereka2 ini?



Ceramah anjuran kerajaan Negeri Pulau Pinang di Butterworth pimpinan Pakatan Rakyat dianggap sia-sia kerana tak mahu memberontak bersama-sama kumpulan guling yang terdiri dari golongan punk, skinhead dan pasti tak ketinggalan puak-puak Syiah, LGBT, kapir harbi, komunis, atheis dan sebagainya.


luahan seorang penjilat dan penganut Syiah tegar Khalid Ismath melalui akaun tweeternya.





Sibuk demo sana sini rumah tangga sendiri berpecah belah, bini terpaksa diceraikan kerana tak mahu ikut ajaran sonsang Syiah.Semoga ALLAH SWT memberi hidayah kepada saudara Khalid Mohd Ismath agar kembali kepada ajaran Nabi SAW yang sebenar-benarnya.

Kepada seluruh pimpinan PAS agar berhati-hati dengan golongan-golongan yang terpesong aqidahnya. Dan pimpinlah mereka ini agar kembali kepada Aqidah ASWJ yang tulen.


VIDEO PANAS !! PERSEMBAHAN @NjwaLatif NYARIS DI #GULING KAN. #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis @PDRMsia @KBAB51 @myberita #TURUN




Para demonstran yang mendabik diri sebagai 'pejuang rakyat marhaen' menuntut penurunan harga barang akhirnya menjadi beruk2 tipikal belaan PakatanRakyat bila menimbulkan kekacauan, dengan harapan dapat bermandi water-cannon & menghidu bom asap sebagai propa murahan menuduh kerajaan bertindak zalim.



Walaupun dinafikan oleh pimpinan mereka perhimpunan ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, namun terkantoi juga bila ada pemimpin mahasewel pro-pakatan yang terlanjur melaungkan amaran untuk menggulingkan kerajaan.



Hakikatnya mereka tidak berdaya mengapai matlamat tersebut bila cuma berjaya 'menggulingkan' persembahan Najwa Latif sahaja.


Najwa Latif yang sedang membuat persembahan semasa demonstran berjaya meredah halangan polis memasuki kawasan dataran, terpaksa menghentikan persembahan bila dilontar dengan botol minuman dan pelbagai objek lain.


Persembahan Najwa terpaksa ditamatkan setengah jam sebelum detik 12 malam demi tujuan keselamatan. Sambutan countdown tahun baru 2014 dan tradisi persembahan bunga api juga dibatalkan.



Ramai yang hadir untuk berhibur & berlibur pulang dengan kecewa angkara perbuatan durjana beruk2 demonstran. Anak-anak kecil yang menunggu sedari petang untuk melihat bunga api cuma mampu melihat dari jauh persembahan bunga api di KLCC. SUMBER

@NjwaLatif NYARIS JADI MANGSA PERUSUH #GULING YANG BERTINDAK GANAS. @PDRMsia @KBAB51 @myberita


MELALUI pengalaman yang mendebarkan semasa mengadakan konsert ambang tahun Baru 2014. Apabila perusuh menyerbu dan merampas pentas pesembahan. Melalui tweet Najwa Latif meluaskan kekesalan dengan sikap biadap dan keganasan melampau perusuh yang cuba mengambil kesempatan.


Utusan online melaporkan Keputusan penganjur membatalkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 Kuala Lumpur di Dataran Merdeka telah membuatkan para perusuh dan peserta demontrasi haram yang dikaitkan dengan perhimpunan guling kerajaan, hilang punca dan lesu.

Mereka yang merancang ingin berdemonstrasi di hadapan orang awam dan tetamu kenamaan yang menghadiri sambutan, menjadi hilang arah apabila dataran tersebut beransur lengang.
Orang awam yang hadir untuk menyaksikan persembahan hiburan dan pertunjukan bunga api, memilih pulang awal sebagai langkah keselamatan.

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 Kuala Lumpur anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka terpaksa dihentikan pukul 11.30 malam ini, 30 minit sebelum kemuncaknya berikutan tindakan liar penyokong himpunan guling kerajaan merusuh dan menceroboh kawasan pentas utama.

Pengacara majlis terpaksa mengumumkan pembatalan sambutan itu termasuk acara konsert dan pertunjukan bunga api, hanya 30 minit sebelum detik 12 tengah malam menandakan bermulanya 1 Januari 2014, berikutan perusuh membaling objek ke arah pentas utama.

Ketika itu, Orkestra DBKL sedang mengadakan persembahan apabila tiba-tiba perusuh berbaju hitam menyerbu pentas utama.

Selain itu, beberapa kenamaan termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dilihat telah meninggalkan tempat duduk masing-masing.

Orang awam yang hadir semata-mata ingin menyaksikan persembahan nyanyian dan pertunjukan bunga api juga terpaksa memilih untuk pulang awal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. -

Ketika berita ini ditulis pukul 11.35 malam, para perusuh berbaju hitam masih meluru ke arah pentas utama, membaling objek dan menjerit-jerit menghina kerajaan.

Antara artis yang sempat membuat persembahan ialah Amy Search, Zainal Abidin, Jay Jay, Aweera dan Najwa Latif.

KK : Adakah ini yang rakyat mahu?