Friday, 11 July 2014

Info : Pemandu Maut Dalam Kemalangan Di jalan Tawar Kulim.


Kejadian berlaku di jalan baru Tawar ke  Kulim berhampiran Kg Batu 7, Mukim Tawar. Melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta menyebabkan pemandu kereta tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba Baling dan mangsa pemandu kereta meninggal dunia ditempat kejadian.

Sumber : Crew Baling Today
[11/7/2014] 5.50pm





Tuesday, 8 July 2014

MasyaAllah !! Masjid Di Penuhi Belukar Gara-Gara Penduduk Kampung Murtad. @InspirasiIslami



Menjejaki masjid yg sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kampung Langkabong,Tongod,Sandakan.Setelah mendapat laporan dari Imam Daerah Tongod, Imam Daim yg kami temui di Masjid Tangisan Bumi Sandakan Entilibon tentang keadaan satu kampung yg 100% penduduknya telah dimurtadkan, kelmarin (6hb Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad utk menziarahi kampong Langkabong. Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dengan dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid.
Laporan ini disediakan oleh Jemaah Dakwah Dan Tabligh Maulana Jamal bertarikh 07-07-14.

jemaah dr di sabah


Setelah meredah semak sejauh kira-kira 70 M dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak samun.

Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dengan terpaksa meredah serpihan bumbung yg runtuh dan kotoran yg bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Ahli Jemaah kami, Badrul munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yg telah hampir 20 tahun kesepian. Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yg termampu, kami beredar dengan perasaan sedih.

masjid di sabah ditinggalkan penduduk kerana murtad

Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yg ada 2 keluarga yg masih beragama Islam. Kami buat keputusan utk menziarahi mereka.Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. sterinya anak tempatan, keturunan Sungai yg memeluk agama islam. Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad. Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di kampung Langkabong ini.


Masjid Dipendalaman Sabah Tidak Diazankan Sejak 1996 solat sunat

Di sekitar tahun 1979- 82 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di kampung Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong.Selepas itu berlaku usaha gigih missionary (pendakyah) Kristian yang bermati-matian melakukan proses kristianisasi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yg sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul. Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang.
Dakyah missionary ini paling kuat. Target mereka ingin mengkristiankan seluruh Sabah.

Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yg kami temui di Masjid Entilibon, kawasan 3T ini adalah sasaran yg terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah. 3T tersebut ialah Telupid, Tongod, Takungan.

Gejala kemurtadan ini berlaku bukan saja di kampung Langkabong malahan di seluruh Sabahnya bahkan di seluruh dunia.


Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya seruan bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka utk merosakkan akidah umat islam.

Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, "Gejala kemurtadan tidak akan berlaku dalam kalangan ummat Islam jika setiap ummat Islam menjadikan diri mereka dae'i ".

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Nabi saw iaitu Sayyiduna Abdullah B. Huzafah r.hu yang mempertahankan keimananya dari seruan kemurtadan walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh.Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa.Katanya 'Kalaulah nyawaku sebanyak bulu-bulu di badanku, nescaya akan aku korbankan satu persatu untuk agama Allah'. Boleh rujuk kisah beliau dalam Hayatush Sahabah, jilid 2.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat sebagai Dae'i.. InsyaAllah.

Coretan dari Dr. Rosmadi Nawi dan hasil suntingan oleh saya.

"SERAMBI MEKAH" !! SOLAT 2 IMAM SERENTAK CEMAR IMEJ ISLAM. @sinarOnline



Hancur berderai !! Imej Negeri yang dikenali dengan Jolokan "SERAMBI MEKAH" takkala ada yang yang berbangga apabila negeri itu di perintah oleh sebuah parti yang konon memperjuangkan "Islam"...

Ramadan yang mulia dicemari dengan insiden di mana berlaku solat membabitkan dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti semalam.

Kejadian sejak 3 Julai lalu, menyebabkan jemaah terbahagi kepada dua kumpulan dan ia berlaku ketika solat fardu dan tarawih.

Kebiasaannya kes seumpama ini dikaitkan dengan fahaman politik tetapi lain pula yang berlaku di kampung ini, kerana kedua-dua pihak mendakwa ia berpunca daripada berbezaan fahaman agama Islam.



Perselisihan ini membawa kepada percanggahan pendapat seterusnya perebutan saf hadapan di dalam masjid ketika menunaikan solat.

Tinjauan mendapati, perpecahan itu bukan sahaja melibatkan jemaah lelaki, malah golongan wanita yang turut terbahagi kepada dua kumpulan dan dibezakan dengan pengadang.

Bagi kumpulan pertama ia diketuai oleh seorang imam dan hampir 30 jemaah menunaikan solat di saf hadapan manakala kumpulan kedua, imam lain menunaikan solat bersama hampir 50 hingga 100 jemaah lain di belakang saf pertama.

Pengakuan kumpulan satu

Pemilik tapak masjid berkenaan, Ustaz Yahya Zakaria berkata, selepas melanjutkan pelajaran di Mesir, dia pulang ke kampung ini dengan harapan dapat menyambung perjuangan bapa (Tok Guru Zakaria) sebelum ini.

Menurutnya, ketika itu tiada masalah berlaku sehinggalah pada tahun 2010 apabila penduduk tidak berpuas hati dia menjemput para ulama dari dalam dan luar negara ke kampung ini.

“Mungkin mereka tidak berpuas hati kerana kami tidak mengajak mereka bersama menganjurkan majlis meriah seumpama itu.

“Bagi saya, saya amat berbangga apabila ramai para ulama seluruh dunia berkumpul di kampung ini namun tidak pada penduduk, apabila terus menerus melempar fitnah kepada saya,” katanya.

Beliau yang juga guru di sekolah dekat sini berkata, tiada sebarang perbezaan dilakukan dalam berdakwah mengikut Tarekat Tarjani.

Menurutnya, selawat dan solatmengikut ajaran Islam yang sebenar tiada sebarang tokok tambah.

Namun katanya, penduduk tidak yakin sehingga sanggup membuat saf baharu meskipun saya bersiap mahu menunaikan solat di masjid ini.

“Saya paling kecewa pada 2012 lalu, apabila mereka melarang saya menunaikan solat di dalam masjid yang dibina arwah bapa saya biarpun tanah ini sudah pun diwarisi kepada kami tiga beradik,” katanya.

Menurutnya, tindakan penduduk kampung diibaratkan menidakkan hak mereka seterusnya sengaja menimbulkan huru-hara.

Disebabkan katanya, dia memfailkan saman di Mahkamah Tinggi agar tidak membenarkan penduduk menjejakkan kaki ke dalam masjid ini pada 12 Disember tahun lalu.

Kumpulan kedua beri penjelasan

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Nor Razali berkata, kejadian ini bermula pada 2010 lalu namun mula memuncak pada 2011 sehingga 2012 lalu.

Ketika itu katanya, penduduk dipelawa mengikut ajaran tarekat berkenaan namun kebanyakannya tidak yakin seterusnya tidak mengikut saranan yang dibawa oleh Ustaz Yahya Zakaria.

Beberapa lama selepas itu, Mohd Nor mendakwa Ustaz Yahya membuat perintah mahkamah agar tidak membenarkan 13 penduduk menunaikan solat di masjid ini bermula akhir tahun lalu.

Memandangkan masjid ini dibina di atas tanah hak milik tiga anak Allahyarham Tok Guru Zakaria, maka penduduk dilarang menjejakkan kaki di pekarangan masjid kerana didakwa boleh mencetuskan perselisihan.

Namun pada 1 Julai lalu, mahkamah membenarkan penduduk menunaikan solat terawih sepanjang Ramadan tahun ini.

Menurutnya, jemaah dari kumpulan Ustaz Yahya juga tidak menghalang penduduk memasuki masjid namun keengganan berganjak dari saf depan menyebabkan kejadian solat dua imam serentak.

Katanya, penduduk sukar tunaikan solat Maghrib selepas majlis berbuka puasa kerana kumpulan pertama enggan berganjak dari saf hadapan.

Maka katanya, jemaah terpaksa membuat saf baharu, satu saf di belakang kumpulan pertama untuk solat Maghrib, Isyak dan solat tarawih.

“Mereka hanya duduk di hadapan saf tanpa tunai solat terlebih dahulu dan mendakwa sedang berselawat.

“Disebabkan waktu Isyak semakin menghampiri, maka kami terpaksa menunaikan solat di belakang saf mereka, tanpa menunggu mereka selesai berselawat,” katanya.

Keadaan ini katanya, turut berpanjangan sehingga ke solat tarawih membabitkan jemaah yang sama, mengikut dua imam berlainan.

Sementara itu, penduduk, Ismail Awang, 75, berkata, di masjid seramai 500 jemaah dapat menunaikan solat dalam satu-satu masa.

Namun katanya, insiden ini menyebabkan ramai tidak dapat menunaikan solat sekali gus menyukarkan penduduk untuk beribadah di bulan Ramadan.

Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan menyiasat punca berlakunya insiden solat dua imam serentak di masjid berkenaan.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Ir Yusoff Ismail berkata, sebelum ini pihaknya tidak terima selaporan berhubung kejadian ini.

Namun katanya, Maik akan hantar pegawai untuk mengetahui masalah yang berlaku membabitkan dua pihak terbabit seterusnya mencari jalan penyelesaian kes berkenaan.

“Insiden ini tidak sepatutnya berlaku terutama ketika bulan Ramadan malah berlaku di dalam rumah ALLAH,"katanya. @sinar

Sunday, 6 July 2014

UNTUK GEREJA YE !! TAPI MASJID TAKUT JADI FITNAH !!


Apa punya Dasar ni.. ADUN Bangi !!

"Mohon maaf. Parti telah arahkan kami supaya TIDAK memberi apa2 sokongan. Supaya mengelak daripada fitnah dan tuduhan. Arahan parti."

Jawatankuasa Penaja Masjid Al Hidayah Seksyen 5 Bandar Baru Bangi kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) merobohkan khemah karnival Ramadan yang dianjur bagi mengutip dana pembinaan masjid. Jawatankuasa Penaja Masjid Al Hidayah, Abd Basir Karimon berkata, pihaknya membuat permohonan penganjuran bazar juadah dan karnival Hari Raya di tapak kosong bersebelahan surau Al Hidayah pada 9 Jun lalu. Pihak MPKj hanya memberi kebenaran untuk bazar juadah manakala permohonan karnival ditolak tanpa alasan kukuh.


Abd Basir berkata, tujuan asal penganjuran bazar adalah untuk mengumpul dana pembinaan Masjid Al Hidayah Seskyen 5 yang sudah tertangguh lebih empat tahun.

Dana sebanyak RM20,000 yang dijanjikan diberi syarikat dilantik masjid bagi menguruskan karnival tersebut akan digunakan untuk tujuan pembayaran kepada perunding dan arkitek. Malangnya jelas Abd Basir belum sempat peniaga memulakan perniagaan dan kutipan dana dibuat, 41 khemah perniagaan yang didirikan awal Ramadan lalu diroboh MPKj, pagi tadi.

Difahamkan, penganjuran karnival tersebut tidak mendapat sokongan wakil rakyat kawasan atas sebab ia boleh menimbulkan isu sensitif. “Karnival ni bukan boleh timbulkan apa-apa isu perkauman dan sebagainya, saya kesal permohonan terus ditolak sebelum mendengar ‘suara’ dan rayuan kami terlebih dahulu,”katanya.

Penolong Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman pula berkata, majlis  tidak beri kebenaran penganjuran karnival dan hanya meluluskan tapak berniaga juadah Ramadan di lokasi tersebut. 

Notis amaran sudah diberi beberapa kali termasuk yang terakhir semalam meminta penganjur membuka khemah perniagaan, tempoh berakhir namun penganjur didapati ingkar arahan. Menyentuh tujuan karnival untuk mengutip dana pembinaan masjid, Kamarul berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa pembinaan tersebut.

Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan Adun kawasan berkenaan gagal dan beliau tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan penjelasan dan maklumbalas berhubung isu tersebut.


BENARLAH bagai dikata, Parti yang hanya bertopeng kononya mempujuangkan islam sudah jauh menyimpang. Sudah jauh tersasar dan disesatkan oleh syaiton tiada lagi landasan islam tetapi kian hampir di Kristianisasikan oleh LGE dan Anwar Iibrahim.

Mana pergi ADUN-ADUN PAS yang manjoriti besar dalam DUN Selangor !!!!

Saturday, 5 July 2014

@ustazkazim beri teguran artisbertudung


Penceramah selebriti terkenal, Ustaz Kazim Elias menasihati artis-artis berhijrah iaitu mereka yang berhijab agar tidak sekadar tampil dengan pertukaran imej semata-mata tetapi hendaklah mendalami ilmu agama Islam secukupnya.

Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Mohammad Kazim Elias, 42, berkata, perkara itu sebenarnya satu petanda yang baik kerana golongan berkenaan adalah ikon kepada peminat.

“Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup” “Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu,” katanya kepada mStar Online.


Tambah Ustaz Kazim, jika golongan berkenaan tidak mempunyai ilmu yang cukup, ia dibimbangi akan meninggalkan kesan sekiranya sesuatu kenyataan yang dibuat akan memakan diri sendiri.


Jelasnya lagi, artis yang berhijrah sepatutnya mempelajari ilmu agama Islam daripada guru bertauliah agar perubahan yang dilakukan menjadi lebih sempurna selain ia dilakukan kerana Allah.


Sumber

Thursday, 3 July 2014

PILU !! PUTERA AIMAN MURID TAHUN 2 MAUT DALAM KOLAM TERBIAR DI KUPANG. @sinaronline


Seorang murid darjah 2 Sekolah Kebangsaan Kg Keda Kupang mati lemas akibat terjatuh ke dalam kolam terbiar di kampung KEDA  Sadek, Kupang Kedah. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5.30 petang. MANGSA yang dikenali sebagai Putera Aiman tinggal bersama nenek Che Norlia di sini.

Pihak Bomba dan Penyelamat terpaksa di kerjakan ke tempat kejadian bagi mengesan dan mengeluarkan mangsa. Kejadian di sedari oleh orang awam yang kebetulan melalui tempat kejadian.

Mayat mangsa Putera Aiman di bawa ke Hospital Daerah Baling bagi pemeriksaan lanjut.Jenazah akan dikembumikan pada jam 11:00 pagi ini (3/07/2014)

Info dari Group Whatsaap.





Tuesday, 1 July 2014

Gadai isteri, muflis akibat mesin judi. @UMonline


Ketagihan bermain mesin judi haram mengakibatkan pelbagai masalah sosial berlaku dalam masyarakat sehingga terdapat kaki judi yang sanggup menggadaikan isteri semata-mata mahu melunaskan hutang kepada peminjam wang haram atau ah long. [Gambar Hiasan]


Sumber yang merujuk kepada satu kes di sebuah negeri yang melibatkan kakitangan awam berkata, akibat ketagihan judi lelaki tersebut sanggup meminjam wang daripada ah long mencecah RM40,000.

“Disebabkan tidak mampu melangsaikan hutangnya, lelaki itu sanggup ‘menjual’ isterinya kepada ah long terbabit. Tindakan tidak bertanggungawab individu ini turut menyebabkan penceraiannya,’’ kata sumber itu.

Selain itu, sumber tersebut mendedahkan, tindakan pengusaha mesin judi membenarkan pelanggan mereka melakukan pembayaran melalui kad kredit juga memberi kesan yang amat buruk.

“Pelanggan dibenarkan menggunakan sehingga had maksimum dan kalau mahu ditukarkan kepada wang tunai, komisen akan dikenakan, tetapi yang penting bagi pengusaha , mereka boleh mengaut keuntungan.

“Apabila sudah ketagih bermain, semua wang dihabiskan dan akhirnya kad kredit tidak mampu dibayar sehingga menyebabkan mereka berhadapan risiko muflis,’’ katanya.

Menurut sumber itu lagi, kewujudan puluhan premis judi haram di sesebuah kawasan tidak hanya memfokuskan satu golongan sahaja.

“Sebab itulah, premis kegiatan haram itu bukan lagi sekadar wujud di bandar tetapi juga pekan-pekan kecil,’’ katanya.

Katanya, sasaran pengusaha mesin judi haram melibatkan golongan berkerjaya, orang kampung, remaja dan pelajar.

“Ada golongan berkerjaya sanggup ponteng kerja kerana menghabiskan masa bermain mesin judi manakala pelajar pula menghabiskan wang saku yang diberikan ibu bapa bagi tujuan tidak berfaedah itu.

“Golongan remaja yang menjebakkan diri bermain mesin judi tidak memikirkan masa hadapan sehingga mendorong mereka melakukan jenayah lain seperti meragut dan merompak," katanya.

Tambah sumber itu, terdapat juga kaki judi yang menghabiskan wang bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Skim Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah di mesin slot. © Utusan Melayu (M) Bhd

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.