Selasa, 12 Mac 2013

Apa Muslihat Wakil 'Sultan Sulu' mohon izin ke Sabah. #LahadDatu @PDRMsian #Pray4Sabah


KUALA LUMPUR: Wakil kepada waris Kesultanan Sulu berharap kerajaan Malaysia akan memberi kebenaran kepada beliau untuk datang ke Kota Kinabalu bagi merundingkan penyelesaian ke atas krisis pencerobohan di Sabah yang telah berlarutan sejak empat minggu.Esmail Kiram II berharap kerajaan Malaysia akan bersetuju kepada cadangan itu selepas cadangan pertama agar rundingan diadakan di Brunei ditolak.

"Saya merayu kepada saudara-saudara di Malaysia marilah bersama-sama menyelesaikan isu ini … secepat mungkin," kata Esmail seperti dipetik oleh media Filipina, Rappler.com.Esmail ialah adik kepada Jamalul Kiram III yang diangkat sebagai Sultan Sulu dan abang kepada Azimuddie Kiram.Esmail berkata demikian dalam sidang media di Makati selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Filipina, Manuel Roxas II.

Roxas dalam sidang media berasingan menjelaskan pertemuan tersebut antara lain membincangkan soal pengunduran saki-baki pengikut Jamalul Kiram III yang masih diburu oleh polis dan tentera Malaysia di Sabah.

Menurut Roxas, pada perbincangan itu, keluarga Kiram telah membangkitkan beberapa persoalan dan kebimbangan mereka."Kami membincangkan hal-hal sudah ada dalam pengetahuan umum misalnya gesaan pemimpin Malaysia supaya mereka menyerah diri. Jadi, salah satu soalan yang dibangkitkan ialah bagaimana cara dan kaedah untuk itu. Itu antara contoh soalannya," kata Roxas.

Roxas juga menjelaskan, perbincangan tersebut tidak menyentuh bilakah tarikh akhir pengunduran berkenaan ditetapkan.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu menolak gencatan senjata yang diisytiharkan oleh Jamalul sebaliknya mahu kumpulan yang dilabel sebagai pengganas itu yang sehingga ini dikepung oleh tentera dan polis dekat Lahad Datu.

Roxas turut menjelaskan perbincangan tersebut tidak menyentuh secara langsung soal imuniti kepada pengikut waris Kesultanan Sulu.Roxas dan Esmail bagaimanapun enggan mendedah dengan lanjut butir perbincangan itu kerana ia perlu dibentangkan kepada Presiden Benigno Aquino III terlebih dulu.

Sementara itu, Esmail menafikan Jamalul menyekat beliau daripada pergi ke Kota Kinabalu sebelum ini untuk merundingkan krisis berkenaan. Sebaliknya kata Esmail, beliau sendiri yang tidak mahu pergi memandangkan keadaan yang  berbahaya.

Krisis pencerobohan itu sehingga ini membunuh sekurang-kurangnya 62 orang iaitu seramai lapan anggota polis dan 54 pengganas.Pihak berkuasa juga menahan lebih 110 orang bagi menyiasat penglibatan mereka dalam membantu kumpulan pengganas itu.


AstroAwani.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 ulasan:

  1. ONCE AGAIN, KILL THEM ALL......!!!!! LET THEM LEARN THEIR LESSON

    BalasPadam
  2. NYAWA dibalas NYAWA.....DARAH dibalas DARAH....8 anggota kesalamatan PDRM telah menjadi mayat...isteri kehilangan suami...anak2 kehilangan bapa....ibu kehilangan anak....TIADA PERUNDINGAN LAGI....pintu hati kami sebagai rakyat MALAYSIA telah tertutup....TIADA MAAF BAGI KAMU PENGGANAS SULU....

    BalasPadam
  3. dulu mereka angkat bendera putih....tapi terus tembak sampai mati polis kita..
    sekarang pintu rundingan terus tertutup..
    ini muslihat jahat mereka..
    mereka ceroboh...kemudian nak runding pulak..... jangan terpedaya...

    BalasPadam

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah