Isnin, 11 Mac 2013

Tragedi #LahadDatu : #PDRMsia siasat identiti ketua pengganas Sulu yang disyaki terbunuh. #Pray4Sabah @501Awani


Polis masih lagi dalam proses mengesahkan identiti seorang individu yang dipercayai ketua pengganas Sulu yang terbunuh dalam operasi daulat.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, mayat berkenaan dikenal pasti berpangkat Jeneral berdasarkan pakaian yang dijumpai.

Dalam sidang media, Hamza memaklumkan selebihnya masih lagi dalam proses pengesahan identiti mayat yang mana 18 mayat kini telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat.

"Kita memang mempunyai kepercayaan tinggi bahawa salah seorang yang ditembak itu berpangkat Jeneral. Namun, saya tidak boleh mengatakan ianya Haji Musa atau tidak dan ini boleh dibuktikan hanya selepas siasatan dijalankan," kata Hamza.

Beliau menambah, "Semasa mayat dikeluarkan saya melihat keadaan mayat tersebut namun saya tidak boleh mengesahkannya secara positif kerana kita mesti ada asas kukuh seperti kad pengenalan. Namun, kita yakin mungkin kita percaya itu ialah dia. Kerana kita sudah jumpa pakaiannya tetapi semasa dia ditembak,  dia tidak pula dalam seragam tentera," .

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, Ketua Jeneral Militan Sulu, Haji Musa dilaporkan antara 32 orang penngganas yang terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan negara.

Setakat ini usaha mengeluarkan mayat dari kawasan operasi di Tanjung Batu masih lagi dijalankan.

AstroAwani

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah