Saturday 4 February 2012

1Malaysia 1Ummah,




Maulidur Rasul penuh pengisian

     

TEMA sambutan Maulidur Rasul tahun ini 1Malaysia 1Ummah, disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan keberkatan. Kebanyakan daripada kita mengharapkan apa yang diutarakan akan menjadi ikutan.
Rasulullah menegaskan tunjang kepada kewujudan ummah terbilang diasaskan dengan penerapan nilai akhlak seperti sabda Baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini?" (Hadis riwayat al-Tabrani).

Bahkan, tugas utama Nabi Muhammad s.a.w ialah menyempurnakan akhlak seperti dinyatakan Baginda dalam sabdanya bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak kamu" (Hadis riwayat Muslim).




Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Selasa 1432 Masihi ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


"Tidak dinafikan bagi golongan muda seperti kita harus berhadapan dengan banyak cabaran yang turut mencabar keimanan. Sekiranya tersalah langkah ia boleh membuatkan seseorang itu hanyut. Apatah lagi sekarang ini pengaruh luar begitu banyak. "Seperti sambutan hari kekasih yang sebelum ini sering diperkatakan, tahun ini harinya berselang dengan sambutan Maulidur Rasul. Namun, mujur keraian perayaan yang boleh memesongkan akidah itu tidak diberikan pendedahan berlebihan. Kerana golongan muda mudah terikut dengan perkara yang melalaikan.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.



TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM
TAHUN 2012 / 1433 - 1434 H BAGI MALAYSIA
TARIKH HIJRI TARIKH MILADI
HARI PERAYAAN /
KEBESARAN ISLAM
12 Rabiulawal 1433 5 Feb 2012 Maulidur Rasul
27 Rejab 1433 17 Jun 2012 Israk dan Mikraj
* 1 Ramadhan 1433 21 Julai 2012 Awal Ramadhan/Berpuasa
17 Ramadhan 1433 6 Ogos 2012 Nuzul Al-Quran
* 1 Syawal 1433 19 Ogos 2012 Hari Raya Puasa/Idul Fitri
1 Zulhijjah 1433 17 Oktober 2012 Awal Zulhijjah
* 10 Zulhijjah 1433 26 Oktober 2012 Hari Raya Korban/Idul Adha
1 Muharam 1434 15 November 2012 Awal Muharam/Maal Hijrah
* Tertakluk kepada perubahan
Sumber :
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


No comments:

Post a Comment