Tuesday, 21 August 2012

Air mata syawal :@azmin_ali Tak Pulang Juga.


Seperti diduga, Azmin Ali tidak pulang menjenguk ibunya, Mak Tom Yahaya, 79 tahun pada Aidilfitri kali ini.
“Saya sangat kecewa dengan sikapnya,” kata Che Tom ketika ditemui Utusan Malaysia.
Malah, katanya, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR langsung tidak pernah balik ke rumah untuk bertanya khabar apatah lagi untuk berbuka puasa bersama keluarga sepanjang Ramadan lalu.
Ini merupakan kali kedua, Che Tom, bertemu media bagi melahirkan perasaan kecewanya dengan sikap Azmin.

Pada Mei lalu, Mak Tom adalah ibu kepada enam orang anak iaitu Norlia Ali (Kak Long), Intan Dawini Ali (Kak Lang), Azmin Ali, Azman Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali meluahkan dengan nada sebak anaknya Azmin yang tidak pernah menziarahinya meskipun beliau terlantar di hospital.

“Macam mana dia buat parti Keadilan..di mana terletaknya keadilan itu..dengan orang lain, dia boleh ambil berat…dengan ibu dia sendiri yang kandungkan dia..dia buat macam ni..Itulah yang hancur hati saya sekarang ni,” katanya sambil menangis kerana tidak tahan menanggung sebak.
Leave my mum alone, Azmin tells Umno“, begitulah tajuk Malaysiakini dalam melaporkan jawapan Azmin yang cuba mempolitikkan isu ibunya untuk menutup isu beliau tidak balik menjenguk ibunya.
“Saya tak buang dia. Anak-anak mana pun saya tak buang. Sayang tu sama tapi kalau dia nak balik, kalau dia ikut dua syarat saya bagi dengan dia.
“Pertama, baliklah ke pangkal jalan, sedarkanlah diri, bertaubat pada Allah dan berhentilah pada kumpulan tu. Kawan-kawan dia pun banyak dah berhenti kan, dah sedar diri. Kalau boleh dia pun macam tu. Barulah dia balik.
“Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok, tak ada makna dah. Saya hidup lagi pun dia tak mahu tengok. Jadi, dah mati baru nak tengok, tak payahlah,” luah Mak Tom.
sumber :- IDCNews – 21/08/12

No comments:

Post a Comment