Nur Shahira (kanan) bersyukur dapat kembali semula ke tanah air.
SEPANG - Masih terdapat ramai gadis negara ini berada di Lombok, Indonesia berdasarkan siasatan yang dijalankan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bagaimana pun tidak dapat mendedahkan jumlah sebenar gadis Malaysia yang berada di sana kerana dalam proses mengumpulkan maklumat.
Menurutnya, kesemua mereka jatuh cinta dengan lelaki Lombok sewaktu bekerja di negara ini dan mengikut mereka pulang.
"Perkara ini amat menyedihkan kerana gadis yang mengikut lelaki Lombok itu, berpotensi untuk memajukan diri dalam bidang pelajaran.
"KP1M akan memulakan kempen kesedaran terhadap wanita tempatan dalam semua sektor pekerjaan terutama pertanian dan perladangan, agar tidak terpedaya dengan pujukan lelaki asing yang bekerja di negara ini dan mengikut mereka ke negara asal mereka," katanya.
Abdul Azeez berkata, setakat ini KP1M telah berjaya membawa pulang seramai 50 gadis rakyat negara ini atas permintaan keluarga.
Sementara itu, Nur Shahira Samsuri, 22, berkata, dia menyesal dengan apa yang dilakukan dengan mengikut jejaka Lombok.
Menurutnya, dia ingin melupakan kisah yang menimpa dirinya dan memulakan hidup baru.
"Saya menyesal. Saya mahu memberikan tumpuan kepada pelajaran dan akan melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara, di Johor.
"Perkara ini telah selesai dan tidak perlu diungkitkan lagi, biarlah ia menjadi sejarah," katanya yang juga anak kedua daripada lima beradik.
Ayahnya, Samsuri Husin, 51, amat berterima kasih dengan KP1M yang membawa pulang anaknya itu.
"Saya amat bersyukur kerana kami dapat bersatu kembali di Aidilfitri ini.
"Kami sekeluarga amat berharap agar beliau memberikan tumpuan dalam pelajarannya kerana ia penting demi masa depanya," katanya dengan linangan air mata kegembiraan.
KK... Jejaka Melayu Malaysia yang terbaik kalau betul2 ikhlas untuk berkawan dan seterusnya sebagai calon suami... KK pun masih solo lagi apa susah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment