Wednesday, 22 August 2012

Norish Karman Mengaku Lahirkan Haq Lutfie Alexander, Usah Persoalkan Statusnya


Haq yang dikatakan adalah Haq Lutfie Alexander yang lahir pada 24 September
2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya & memang anak kandung
Norish Karman. Ini adalah temubual pertama NK bersama media untuk
menjelaskan segala-galanya yang selama ini menjadi bualan banyak
pihak tentang kehadiran orang baru dalam kehidupan keluarganya, 
Muhammad Haq Lutfie Alexander.

gambar terbaru Norish Karman bersama 
Haq Lutfie Alexander 
Berkata kepada Utusan Malaysia hari ini, Norish Karman meminta semua 
pihak supaya tidak mempersoal status Haq Lutfie Alexander dalam hidup beliau.

“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang 
kelahiran Haq kepada peminat & media, tetapi selepas tersebar di internet, 
saya lega,” ujar Norish Karman. 

“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan 
antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi 
perkara yang lepas”Menjawab fitnah yang berlegar di’sekitar kelahiran anak 
bongsu beliau ini, Norish Karman berkata “Saya seorang anak, wanita & ibu, 
saya tidak akan membuat perkara tidak elok”


Norish Karman turut mengakui dari awal usia kandungan beliau sehingga 
tujuh bulan, ada pihak yang memaksa dirinya untuk gugurkan kandungan yang ada.
pengakuan Norish Karman di Utusan Malaysia isu anak luar nikah


“Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan 
kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan 
menjaganya seorang diri,” ujar Norish Karman.

Update 22 Ogos 2012

UTUSAN MALAYSIA menjadi pilihan pelakon asal Singapura ini untuk 
merungkai segala misteri.

Ini adalah temu bual pertama Norish Karman atau NK bersama media untuk 
menjelaskan segala-gala yang selama ini menjadi bualan banyak pihak, 
terutamanya tentang kehadiran orang baru dalam kehidupan keluarganya, 
Muhammad Haq Lutfie Alexander.

Petang Rabu lalu, kami dipelawa untuk singgah ke lokasi di mana dia dan 
anak-anak kini menetap - sebuah perumahan elit di Mont Kiara, Selangor.

Setelah berbulan-bulan sabar menanti dia berkata "ya" untuk temu bual ini, 
akhirnya kami berjaya menangkap NK.

"Ini adalah masanya untuk saya bercerita. Jadi, saya jemput anda untuk 
datang kerana saya mahu mengotakan janji akan bercerita apabila 
sudah sampai masanya," demikian katanya pada awal bicara.


Menurut NK, ketika hal dirinya hangat diperkatakan, dia lebih senang 
memilih diam.

Ini kerana tidak mahu memberi kenyataan pada ketika rasa amarah 
sedang menguasai diri.

Jauh sekali untuk melayan mulut-mulut tidak berperikemanusiaan 
yang hanya pandai membuat tuduhan.


Fitnah, tidak boleh dilayan atau diberi perhatian yang menggunung, 
kelak akhirnya si penyebar akan semakin 'naik lemak', makin menjadi-jadi.


"Nah, sekarang fikiran saya sudah okey. Saya sudah boleh ke depan. 
Alexander pun sudah besar, tak ada masalah untuk ambil gambar 
kami sekeluarga," katanya dalam senyuman yang ramah.

NK memperkenalkan bayinya kepada kami, bayi yang selama ini dikatakan 
muncul dalam kehidupan pelakon ini secara misteri.

Bayi comel berwajah bulat dan berambut ikal itu hadir ke dunia 
tanggal 24 September 2011.

Melalui kaedah pembedahan, Haq lahir di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.


Bagaimanapun bagi NK, kehadiran bayi yang turut disapa 'baby Alex' 
itu bukanlah 'semisteri' kisah yang diperdebatkan di alam maya.


Tidak juga seperti mana dalam catatan para blogger tidak beretika 
sebelum ini, yang menulis dengan niat memporak-perandakan kehidupan 
orang lain.

"Haq anak saya. Saya yang mengandungkan selama lebih sembilan bulan 
dalam perut ini.

"Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia boleh hadir, itu urusan antara 
saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara 
yang sudah lepas," katanya tegas.

Melihat sendiri bagaimana Haq dilayan, diusik, diulik dan dikelek, 
ternyata benarlah kehadiran bayi itu memberi nafas baru buat keluarga NK.

Si kecil yang tidak banyak meragam, banyak ketawa dan disayangi kakak dan 
abang-abang, membawa ceria yang sarat.

Selain Haq, tiga anak NK hasil pernikahan pertamanya ialah Muhd. 
Haqiem Armany, 13, Muhd Hardy Amieran, 9 dan Nur Hanyz Amanda, 8.

Dalam pertemuan ini, kedua ibubapa NK turut bersama. Sherifah Salmah Aljunied, 
66, dan Karman Sukarjo, 74, turut dilihat memberi kasih sayang yang sarat 
buat cucu bongsu mereka itu.

Kedua-duanya memberi dokongan bukan sedikit kepada NK, yang merupakan 
anak kedua dalam tiga beradik perempuan.

"Saya selalu pesan kepada Norish, jaga diri elok-elok. Soal jodoh, berkahwin 
dan bercerai semula itu urusan Allah, kita kena terima segala-galanya.

"Apa pun, rezeki yang Allah bagi kena terima, walau dalam apa juga keadaan.

"Jaga anak-anak dengan baik, Insya-Allah, masa depan kita sempurna," 
demikian Sherifah mencelah, menitipkan pesan.

Rancak bercerita tentang si kecil, perhatian beralih kepada pelbagai 
kisah yang dipersoalkan.

Sudah pasti apa yang diceritakan orang terlalu banyak, ditokok tambah dengan 
"wartawan' tidak bertauliah di dunia maya, NK dilihat sebagai wanita tidak berhemah.

Kata NK, terlalu banyak fitnah yang tersebar dan kebanyakannya tersasar 
jauh sehingga mengundang fitnah.

"Cukup untuk saya katakan, saya seorang anak, wanita dan ibu. Saya tidak 
akan membuat sesuatu perkara yang tidak elok.

"Saya tidak akan memberi contoh tidak baik kepada anak-anak saya sendiri.

"Selepas ini apa sekalipun orang mahu fikir, saya sudah tidak peduli kerana 
saya tahu apa yang saya buat. Mempertahankan Haq adalah kerana anak 
ini rezeki Allah untuk saya juga," katanya.

Berkongsi kegigihannya untuk mengandung dan melahirkan anak ke-empat, 
NK tanpa bersembunyi memberitahu bahawa dia pernah berhadapan dengan 
dilema.

Ini ekoran pada usia awal kandungan sehinggalah kepada tujuh bulan, 
ada pihak seperti memaksa dirinya supaya tidak terus menyimpan zuriat 
berkenaan.

Berkali-kali dia dipaksa supaya menggugurkan sahaja kandungan itu atas 
apa jua alasan mereka.

Bagaimanapun naluri keibuan nekad mengatakan sesuatu yang memberi 
bahagia akan hadir bersama dengan kelahiran bayi itu.

"Ramai yang di luar sana inginkan anak, kenapa saya perlu ikut kehendak mereka? 
Prinsip saya, biarlah kalau saya mati beranak, saya rela. Daripada mati kerana 
membuang anak sendiri, saya tak sanggup.

"Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan 
kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri.

"Tak apalah, manusia boleh tidak suka kepada saya lagi. Manusia boleh 
membuang saya dan membenci saya. Ya, soal jodoh pada ketentuan Tuhan.

"Tidak apalah. Terimakasih atas kesakitan yang diberikan kerana di situ 
saya semakin kuat, semakin dekat dengan Yang Maha Esa.

"Allah SWT masih bersama saya. Ada doa daripada ibu bapa untuk saya. 
Doa itulah yang kekal membantu dan memberi sokongan pada ketika 
saya dihina dan dikeji.

"Itu sudah memadai bagi saya sebagai seorang insan untuk meneruskan kehidupan," katanya.

-

No comments:

Post a Comment