Makin mengacam pulak KK bila melihatkan abby ni... Tapi lebih teruja bila saja si abby mula berbicara.. Tutur kata, butir bicara memang 'hot'.. KK ambil cerita kat sini:
Ini yang gua tunggu-tunggu selama ni.. Gua sebenarnya nak tahu sangat pandangan Ostazah Ebbi tentang dunia hiburan sekarang khususnya komen dia tentang rakan artis sekapal dengannya dulu..
Dan seperti yang gua duga.., Ebbi dengan selamba membelasah rakan-rakan artisnya yang dia sifatkan sebagai tak ikut syariat Islam..
Bukan tu je beb.., Ebbi kata dia risau kalau-kalau artis-artis yang ada sekarang ni tak mampu diselamatkan sebelum hari akhirat...
Perghhh... Terbaeklah Ostazah Ebbi!! Gua yakin rakan-rakan artis Ebbi mesti panas punggung dengan ceramah Ebbi kali ni...
Pada 21 Oktober lalu, Ostazah Ebbi dalam satu ceramah ketika program Bicara Hijrah Selebriti menegaskan, dunia hiburan sekarang semakin melalaikan.
Abby juga meluahkan itulah juga adalah salah satu tanda-tanda akan berakhirnya zaman ini.
"Bilamana saya sudah berada didalam keadaan sekarang ini, apa yang saya lihat terhadap rakan-rakan saya (pelakon dan penyanyi) buat sekarang ini memang langsung tidak mengikut Syariat Islam. Jadi situasi industri hiburan yang macam ni memang sangat menakutkan saya.
"Maknanya sebagai contoh tak kira la dia tu isteri ataupun suami orang ke main belasah je sesuka hati kelakuannya semata-mata mahu mengikut skrip. Bila saya tengok macam ni memang tak ikut undang-undang Islam dah," kata Abby.
Disebabkan semakin banyak rakan-rakan artisnya yang lain tidak lagi mengendahkan tuntutan Islam, Abby merasakan tanggungjawabnya untuk mengajak kembali mereka kepada ajaran Islam yang benar.
Malah, Abby juga meluahkan kerisauannya jika dia tidak sempat untuk berbuat demikian sebelum tibanya hari pembalasan, hari kiamat.
"Saya rasa macam dah jadi satu tanggunjawab yang besar bagi diri saya untuk menyedarkan rakan-rakan artis. Risau juga saya, sempat ke saya nak selamatkan rakan-rakan saya ini sebelum kiamat?" luah Abby.
Sumber MPP.
'KK_ senang-senang sangat minta pok nik bagi satu kawasan untuk abby bertanding...sekurang-kurangnya terubat juga meroyan abby ni.
No comments:
Post a Comment