Saturday, 20 October 2012

Mallakhamb : memang Hot !! "Tarian Tiang" Dari India


Tarian Tiang sering dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral. Sungguhpun begitu ianya semakin mendapat perhatian orang ramai kerana ianya sebuha aktiviti yang boleh meningkatkan kekuatan otot dan menyihatkan tubuh badan. Ini adalah perkembangan yang agak baru kerana orang ramai baru menyedari penari tiang kesemuanya fit dan merek juga mahu kelihatan seksi seperti penari tiang.

Tetapi tahukah anda "tarian tiang" sebagai aktiviti bersenam bukanlah perkara baru diIndia? Di India pergerakan akrobatik di atas tiang ialah sebuah suka yang dipanggilMALLAKHAMB. Ianya gabungan dua perkataaan iaitu MALLA bermaksud gimnastik danKHAMB bermaksud tiang. Maka Mallakhamb bermaksud gimastik tiang.

Mallakhamb dipercayai dicipta sekitar kurun ke 12. Pada awalnya Mallkhamb digunakan oleh ahli gusti India untuk meningkatkan kekuatan otot dan lenturan badan. Aparatus Mallakhamb yang dilihat sekarang dipercayai dicipta sekitar 1810 oleh Balambhattdada Deodhar. Tiang Mallakhamb ialah sekitar 2.6 meter tinggi dengan diamter 55 sentimeter. Pengiat sukan Mallkhamb akan melakukan pergerakan akrobatik diatas tiang ini. Selain Mallakhamb menggunakan tiang terdapat juga versi menggunakan tali dan kayu tergantung. 

Di India pertandingan Mallakhamb nasional diadakan setiap tahun semenjadk 25 tahunyang lalu. Kesemua 29 negeri di India menghantar wakil untuk pertandingan peringkat nasional ini. 

So there you go. Orang ramai baru nak berjinak dengan tarian tiang sebagai sejenis aktiviti senaman tetapi di India ianya sudah dilakukan lebih 800 tahun yang lalu!




No comments:

Post a Comment