Ahmad Fauzi Abdul Kahir, 41, Corrado Margarita, 61, seorang warga Itali,bersama-sama seorang lagi masih bebas didakwa membantu melupuskan dua dokumenmasing-masing membabitkan transaksi kemasukan wang berjumlah RM129,713.81 dariSyarikat Antares Biaggi dan RM43,335.36 dari Syarikat RUUT ke dalam akaun Maybank milik syarikat mereka, Equinox Travel Services Sdn Bhd.
Mereka didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di pejabat Lotus Asia ToursSdn Bhd, D-5-4, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, di sini pada 12 tengah hari, 6 Januari dan 13 Julai 2004.
Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan dibacabersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, kedua-dua tertuduh dihadapkan di Mahkamah Majistret bagi pertuduhan yang sama tetapi ia dipindahkan ke Mahkamah Sesyen kerana melibatkan nilai kerugian yang tinggi.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap Ahmad Fauzi dan RM15,000 dengan dua orang penjamin tempatan terhadap Margarita bagi setiap pertuduhan.
Namun peguam Datuk Hanif Hashim mewakili kedua-dua tertuduh memohon jumlah jaminan yang sama seperti ditetapkan di Mahkamah Majistret terhadap anak guamnya iaitu RM12,000 untuk Ahmad Fauzi dan RM15,000 bagi Margarita.
Hakim Azwarnida Affandi membenarkan Ahmad Fauzi dan Margarita masing-masing diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 9 November untuk sebutan.
Penjamin bagi Margarita ditetapkan seorang warga tempatan.
Hakim itu memerintahkan pasport antarabangsa milik Margarita diserahkankepada mahkamah selain kedua-dua tertuduh perlu melaporkan diri di balai polisberdekatan sebulan sekali. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment