Tuesday, 9 October 2012

"Baik punya" layan dicekup ketika sedang asyik layan pelanggan



Selepas enam bulan cubaan gagal, Jabatan Imigresen negeri akhirnya berjaya menyerbu sebuah hotel berhampiran Jalan Tun Ali, di sini, hingga membawa kepada penahanan 16 ‘anak ayam’ gred A, awal pagi kelmarin.
Mereka, masing-masing 12 warga Vietnam dan empat warga Thailand ditahan dalam serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen, dalam operasi bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), kira-kira jam 1.15 pagi.
Serbuan turut disertai tujuh agensi lain termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu turut menahan sorang wanita dipercayai ‘ibu ayam’ berusia 52 tahun.
Penahanan itu juga menyebabkan wanita dari Vietnam itu hanya berputih mata selepas keuntungan berjumlah RM744 dirampas dipercayai hasil urus niaga aktiviti seks pada malam tersebut.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, ketika serbuan, semua wanita terbabit ditangkap sewaktu bersembunyi di bilik gelap di tingkat enam.
“Serbuan dilakukan di tingkat 10, namun hanya terdapat lelaki sahaja di situsebelum kami menemui kasut wanita berhampiran kaunter dan pemeriksaan lanjut di tingkat enam menemui 17 wanita termasuk seorang dipercayai ‘ibu ayam’.
“Turut dirampas adalah sebuah buku perniagaan, wang tunai RM744 disyaki hasil pelacuran dan 49 keping kondom yang masih belum digunakan di dalam sebuah laci,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Menurutnya, dua lelaki warga Nepal dan Bangladesh turut ditahan bersama semuawanita berusia 17 hingga 52 tahun dalam serbuan berkenaan.
“Modus operandi mereka adalah berselindung di sebalik khidmat rumah urut, kononnya menawarkan spa di tingkat 10 hotel berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, mereka menjalankan aktiviti mengurut dan spa di tingkat 10, pusat hiburan di tingkat sembilan dan aktiviti tidak bermoral di tingkat enam,” katanya.
Kamalludin berkata, pihaknya percaya, sebelum melakukan hubungan seks, semuawanita terbabit berkumpul di tingkat sembilan hotel berkenaan, yang turut menempatkan sebuah disko.
“Mereka akan berunding dengan pelanggan masing-masing dan melakukan seks di tingkat enam,” katanya.

No comments:

Post a Comment