Hahahahh.... mAKIN tAKBUR PULAK PUak PAS....
Memang terbaiklah azizan... yang mudah "dilembukan" oleh orang kepercayaan beliau sendiri. Macamana kerajaan negeri Kedah NAK SEMBUNYI lagi tentang Projek Lembu..lah Lembu.... Nak sangat sangat main dengan lembu,
Beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan hari ini membidas pembangkang kerana cuba 'menutup mata' terhadap isu lembu di Kedah walaupun perkara itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010-2011.
Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) berkata laporan itu menyatakan kerajaan Kedah membelanjakan RM1 juta untuk mengimport dan membela lembu dari Australia.
"Skandal ini sama seperti NFC (National Feedlot Corporation ) tetapi kita tidak nampak pula ia dibawa oleh pembangkang. Ada yang mengatakan RM1 juta itu satu jumlah tetapi kalau dibandingkan dengan ekonomi Kedah, sudah tentu RM1 juta itu adalah besar.
"Saya ingin terangkan skandal RM1 juta ini jika dibandingkan dengan peratusan terhadap Bajet Kedah yang bernilai lebih kurang RM1 bilion, ia kira-kira 0.1 peratus.
"NFC kalau dibandingkan dengan Bajet kerajaan Persekutuan juga hanya lebih kurang 0.1 peratus. Adakah `double standard' di mana pembangkang mengkritik NFC tetapi pada masa yang sama menutup mata kepada satu skandal `cowgate' di Kedah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan Hamim Samuri (BN-Ledang) mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 pada persidangan Parlimen di sini, hari ini.
Hamim pula yang turut bersetuju mengenai sikap berat sebelah itu berkata laporan audit itu bukanlah satu hukuman tetapi ia lebih kepada penemuan untuk siasatan di peringkat kementerian bagi menambah baik mana-mana kekurangan.
Sementara itu, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bertanya sama ada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai pilihan negara pengimport lembu lain jika Australia menyekat bekalan lembu sekiranya tidak mengikut piawaian yang ditetapkan negara itu.
Beliau berkata berikutan pelaksanaan sistem Jaminan Rangkaian Pembekal Pengeksport (ESCAS) oleh Australia berhubung pengeksportan lembu dari negara itu, ia seolah-olah ada ancaman bahawa negara itu akan menyekat pengeksportan bekalan lembu.
"Jika ia sekat apa pilihan kita, ini penting untuk sempurnakan tuntutan agama (ibadah korban). Apakah kita hanya bergantung kepada Australia, New Zealand...apakah kita tidak boleh bergantung kepada India, Vietnam, Kemboja, Indonesia," katanya yang membahaskan rang undang-undang sama. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment