Thursday, 31 January 2013

Gempar !!! Nenek sanggup Jual kerana Wang. @inspirasiilami

Nenek dijel 14 tahun, denda RM30,000 jual 3 bayi

SHAH ALAM - Nenek kepada 30 cucu menerima padah apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan denda RM30,000 atas kesalahan memperdagangkan tiga bayi yang berusia lima bulan ketika kejadian, empat tahun lalu.


Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas mengenetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kajang yang melepaskan dan membebaskan Lian Kim Wan, 60, dari tuduhan tersebut.Beliau juga memerintahkan hukuman penjara tambahan tiga tahun sekiranya gagal membayar denda.

Abdul Alim dalam penghakimannya, perbuatan Kim Wan memperdagangkan bayi jelas membuktikan yang tertuduh ingin mendapatkan kehidupan mewah.
Katanya, Kim Wan juga mempunyai satu jaringan yang sangat bajus yang membolehkan dia melakukan jenayah itu.

"Punca kejahatan adalah wang. Ketika awak fikir awak akan mengembirakan pasangan yang tidak mempunyai anak, awak telah menghapusklan susur galur bayi itu.
"Tetapi ia sebenarnya adalah satu kehidupan rekaan dimana mereka percayakan itu merupakan ibu bapa sebenar mereka," katanya.

Abdul Alim berkata, bukan sahaja Kim Wan sahaja perlu diherat ke mahkamah tetapi orang yang membeli bayi tersebut juga perlu dipersalahkan dan patut didakwa.
"Siasatan juga perlu dijalankan bagi membolehkan si pembeli bayi ini untuk dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Pada 13 April tahun lalu Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Azhaniz Teh Azman Teh sebelum ini membebaskan Kim Wan di peringkat pembelaan selepas mendengar bela diri ibu kepada 11 orang anak itu.
Kim Wan bersalah atas dua tuduhan memperdagangkan seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan  masing-masing berusia 5 bulan di rumah 3 Jalan Jenaris 2/1, Taman Jenaris 2, Hulu Klang, jam 8 hingga 9 petang, 31 Julai 2009.

Wanita itu juga bersalah memperdagangkan seorang lagi bayi lelaki di tempat sama, jam 8 malam, pada 3 Ogos 2009.
Dia bersalah mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukan penjara 20 tahun dan denda.Sebelum itu, peguam Muhammad Affendy Mohd Yusof merayu supaya anak guam tidak dipenjarakan kerana selain usia lanjut, wanita itu turut menghidap pelbagai penyakit.
"Kakinya juga dimasukkan besi menyebabkan tertuduh sukar bergerak," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana kesalahan ini membabitkan tiga bayi yang baru berusia lima bulan.

Hariss juga memohon hukuman penjara yang dikenakan secara berasingan kerana ia melibatkan mangsa berlainan.


Sinar. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment