Semoga Ustaz Taib cepat sembuh. Semalam aku mendapat khabar mengenai SETERU kuat YB Johari Abdullah. Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuden Mohd Taib kini terlantar di hospital akibat stroke dan pendarahan di kepala.
Untuk pengetahuan Rakyat Baling, Ustaz Taib Azamuddin telah dipulau, oleh gerakan yang di kepalai oleh YB Johari ( ADUN Kupang). Apabila ustaz Taib Azamuddin kalah pada pemilihan PAS kawasan Kupang.
Khabarnya Ustaz Taib dirawat disalah sebuah hospital swasta di Pulau Pinang sejak semalam akibat terkena angin akmar di kediamannya Baling Kedah. Kini beliau dimasukan ke tingkat 1, Wad CCU di Hospital Swasta Pulau Pinang.
Pada geng-geng DARI kem YB Johari ADUN , CEPAT-CEPATLAH Memohon keampunan kepada ALLAH dan Ustaz Taib Azamuddin.
kk : Perbezaan fahaman politik, tidak menghalang kita sebagai orang islam. kita sama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh dan sempat bertanding semula di PRU 13...Insyallah...
No comments:
Post a Comment