Friday, 18 January 2013

Pakcik Bernafsu Binatang, Rogol Remaja Hidap Sakit Tulang Belakang



MASJID TANAH: Penderitaan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini akibat menghidap sakit tulang belakang sejak dilahirkan tidak berkesudahan malah semakin bertambah apabila dia dirogol bapa saudaranya berulang kali sejak dua tahun lalu.

Perlakuan keji bapa saudara mangsa berusia 50-an itu terbongkar minggu lalu selepas keluarga mangsa mengesan perubahan sikap gadis sunti itu lalu mendesaknya menceritakan masalah dialami.
Mangsa berusia 14 tahun memberitahu dia dirogol berulang kali oleh bapa saudaranya sejak dua tahun lalu dan kejadian berlaku sama ada di rumahnya sendiri atau rumah lelaki itu yang bekerja sebagai nelayan di Kampung Tanjung Dahan, di sini.
Ketika ditemui Harian Metro, mangsa memberitahu detik hitam dalam hidupnya bermula apabila bapa saudaranya itu datang ke rumah pada 2008 untuk meminjam tukul besi.
“Ketika itu ibu dan bapa tiada di rumah. Dua adik saya berada di rumah tapi bapa saudara memberi duit dan menyuruh mereka ke kedai membelikannya rokok.
“Dia kemudian menarik saya ke dalam bilik dan memaksa saya menanggalkan pakaian lalu merogol saya sambil mengugut akan membunuh saya jika saya laporkan kepada polis,” katanya.

Mangsa mendakwa selepas kejadian itu, setiap minggu tiga atau empat kali bapa saudaranya menyuruh dia ke rumahnya dan di sana dia dirogol sebelum diberi RM30 hingga RM50 untuk menutup mulut.

Kata mangsa, setiap kali balik dari sekolah, bapa saudaranya sering menunggunya di bangsal hadapan rumah dan dia pernah diugut bunuh beberapa kali jika menolak permintaan lelaki itu.
“Saya diperlakukan seperti binatang tanpa perikemanusiaan. Kalau saya tak layan, dia ugut akan bunuh saya. Itu yang sering dikatakannya setiap kali saya enggan melayannya menyebabkan saya takut,” katanya yang masih trauma selepas kejadian itu.

Berikutan pendedahan mangsa, ibu bapanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru, kira-kira jam 7 petang, Sabtu lalu.

Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 10 malam hari sama, sepasukan polis diketuai Inspektor Norafnna Ibrahim, menahan suspek di rumahnya.
Menurut sumber polis, suspek kini direman tujuh hari bermula semalam hingga 14 Ogos ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

sumber.

No comments:

Post a Comment