Pencarian yang menjadi berita sensasi mengenai kehilangan kanak-kanak berusia 6 tahun,William Yau di Putra Heights,Subang Jaya pada 16 Januari lalu berakhir.
Ibubapanya yang dibawa Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang tengahari Jumaat untuk kenalpasti mayat kanak-kanak yang ditemui di jeti Sungai Sireh,Klang 6.30 petang semalam telah mengesahkan itu mayat anak mereka.
Pengecaman itu dibuat berdasarkan seluar dan seluar dalam pada mayat sama dipakai oleh William pada hari kehilangannya.
Anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat Subang Jaya selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.
Apapun pihak polis masih letak 75 peratus yakin itu mayat William sehingga dapat pengesahan rasmi dari laporan DNA.
OCPD Subang Jaya ,Yahaya Ramli memberitahu wartawan mereka menjangka akan dapat laporan DNA pada hari Isnin ini.
Katanya post mortem tidak dapat mengenalpasti mayat kerana ia reput teruk.
Beliau memberitahu tiada kesan luka luaran kecuali ada beberapa kesan gigitan dipercayai gigitan binatang semasa ia terapung di sungai.
Pencariannya Willam sejak hilang telah menarik perhatian ramai.Pelbagai pihak termasuk parti-parti politik,NGO dan orangramai berkerjasama mengedar gambarnya.
Malah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbarnya semasa lawatan ke Melaka kelmarin tunjuk gambar William dan seru semua orang bantu mencarinya.-25/1/2013
sumber.
No comments:
Post a Comment