Friday 29 March 2013

Artikel 88 : Rajagopal bakal berdepan hukuman berat . @ASTROARENA @KieranHotfm #JohorDT


Peraturan Artikel 88 terus dikritik hebat oleh orang ramai termasuk pemimpin dan pembaca The Star selepas jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagopal bakal berdepan tindakan berat kerana memberi komen selepas tamat perlawanan.

Rajagobal menyuarakan kekecewaannnya mengenai kekurangan penyerang semula jadi tempatan di dalam Liga Malaysia tetapi kenyataannya disifatkan sebagai mengkritik skuad kebangsaan.Beliau kini bakal hukuman berat daripada jawatankuasa disiplin FAM.

Peminat bola sepak tempatan dan orang awam berasa kesal dengan keputusan FAM untuk mengeluarkan surat pertuduhan kepada jurulatih berusia 56 tahun itu kerana didakwa mengkritik polisi badan induk bola sepak negara itu.

Berdasarkan Artikel 88, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan media mengenai FAM.Bekas Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin berkata, badan induk bola sepak negara itu terlalu sensitif dan tidak memberikan sedikit kebebasan.
"Ia hanya pendapat dan saya percaya ia tidak membawa kemudaratan atau (sebarang keinginan) untuk melemahkan dasar, "kata Khairy.

"Saya percaya FAM menghantar mesej yang salah kepada orang ramai. Lihat, saingan EPL (Liga Perdana Inggeris) bagaimana (Pengurus Manchester United Alex Ferguson) dan Pengurus Arsenal, Arsene Wenger) menyuarakan pendapat mereka. FAM sepatutnya memberi lebih kebebasan kerana individu didalamnya tidak akan memusuhi FAM. Amat menyedihkan kerana jurulatih kebangsaan tidak terkecuali...untuk menyuarakan pandangan profesionalnya.

"Sekiranya saya masih bersama FAM, saya tidak akan menyokong Artikel 88. Malah, saya mungkin akan menerima nasib sama," katanya.Rajagopal yang dicalonkan sebagai penerima anugerah jurulatih AFF didakwa memberikan komen selepas pasukan kebangsaan tewas 4-1 kepada Arab Saudi pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam pada 17 Mac lalu.

Beberapa personaliti sukan terkemuka yang pernah dikenakan tindakan di bawah Artikel 88 adalah bekas jurulatih skuad kebangsaan B. Sathianathan, Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, Presiden Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan terbaru, Presiden Bola Sepak Johor, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dia amat bimbang mengenai bilangan individu yang dikenakan hukuman di bawah Artikel 88 sejak 2009.

"Sudah semestinya, peraturan tetap peraturan...tiada apa yang boleh dilakukan. Namun, saya bimbang kerana ramai orang yang dikenakan kad merah seperti Annuar Musa, Shahidan Kassim...dan kita mungkin tidak mempunyai ramai pemain," katanya.

Sementara itu, pengkritik sukan tanah air, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, keghairahan FAM terus menghukum individu yang melanggar peraturan Artikel 88 menyebabkan FAM lupa fungsi sebenarnya sebagai badan induk bola sepak negara.

Justeru, beliau menasihati pengurusan dan pentadbiran FAM agar berhenti berlagak seperti 'polis dengan menangkap dan menghukum pesalah', sebaliknya perlu segera kembali kepada objektif asal penubuhannya untuk mentadbir dan membangunkan bola sepak Malaysia.

"FAM dianggap berdosa kepada seluruh rakyat Malaysia selagi mereka gagal melaksana tanggungjawab mengembalikan semula era kegemilangan skuad Harimau Malaya seperti pada awal 50-an dan 60-an.

"Jika tidak mampu membawa pasukan kebangsaan mara ke Piala Dunia, setidak-tidaknya FAM perlu berusaha membawa pasukan negara layak ke Sukan Olimpik dan bukannya undur belakang," katanya.

Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Buang masa layan FAM yang membawa kehancuran kegemilangan bola sepak Malaysia.

    ReplyDelete