Saturday, 2 March 2013

Mengapa @PDRMsia ambil alih tugas Tentera dalam Tragedi #LahadDatu.


Sebetulnya mesti sebilangan masyarakat Malaysia yang begitu perihatin terhadap gugurnya perajurit tanah air dalam tragedi Lahad Datu. Tahukan kita mengapa tugas mempertahankan dan mengusir 'penceroboh' Kedaulatan negara di pikul oleh Pasukan Polis Di Raja Malaysia bukanya Tentera.



Cuba fahami dan telusuri mengenai `Persoalan Kenapa polis tak tentera?


1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya).

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil).

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan.

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini.


P/S : Jangan kita lupa 'musuh-musuh' dalam selimut yang bergerak bebas dalam negara kita yang di taja oleh Pakatan Haram.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment