Thursday, 7 March 2013

SAH !! Dr Haron Din tekad cari "Hatrik" ? @BeritaHarian



Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang kalah dua kali bagi kerusi parlimen Arau pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 akan menguji keupayaannya sekali lagi bagi kerusi parlimen yang sama pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang ditemui media selepas merasmikan bilik gerakan PAS parlimen Arau di Simpang Empat dekat sini malam Rabu mengesahkan untuk menjadi calon parti itu bagi kerusi yang kini dikuasai Barisan Nasional.

Haron, 73, pertama kali bertanding kerusi parlimen Arau pada 2004 tetapi kalah kepada Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail manakala pada 2008 pula dikalahkan Datuk Ismail Kasim. - BERNAMA


Jika sebelum ini Haron Din yang lantang mempertahankan Kalimah Allah dari digunakan oleh bukan Muslim. Apakah sebenar-benar Haron Din tercalon...? Kerana kenyataan Harun Din dilihat lebih banyak menentang dasar-dasar yang di perjuang Pakatan Rakyat. 

1 comment:

  1. Dato yg sangat saya hormati dan kasihi.... walaupun saya tidak menyokong Parti Dato, tetapi saya tetap menghormati dan mengasihi Dato. Tetapi saya lebih sayang kepada agama, bangsa dan negara saya. Saya minta maaf jika saya tidak dapat mebantu Dato dgn mengundi Parti Pas di kerusi yang Dato tandingi. Walaupun saya todak mengundi dato, kasih dan hormat saya pada Dato akan tetap bersemadi sehingga bila-bila.

    ReplyDelete