Sultan Sulu Dakwa Empat Rakyat Malaysia Ditawan
KUALA LUMPUR:
Empat rakyat Malaysia didakwa telah tawan oleh kumpulan penceroboh bersenjata
di Semporna, lapor stesen radio Filipina pada Ahad.
Terdahulu, pihak berkuasa
Malaysia mengatakan mereka telah menawan tiga penceroboh Filipina itu diikuti
dengan pertempuran di tiga lokasi di Sabah yang menyebabkan kematian lima
anggota polis dan dua anggota kumpulan penceroboh.
Kumpulan bersenjata yang
mendakwa mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III, berkata
kepada pemberita di Bandar Taguig, lapor stesen radio Filipina 'dzBB Divine
Caraecle'.
Jamalul dipetik sebagai
berkata dia tidak mengarahkan serangan terhadap pihak berkuasa Malaysia dan
menegaskan pengikutnya juga diarahkan untuk menghormati hak rakyat Malaysia
yang ditawan itu.
Sementara itu Ketua Polis
Negara Tan Sri Ismail Omar sebelum ini dilaporkan berkata berlaku tiga insiden
di tiga lokasi berlainan iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba
keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima
anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan
laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di
Kunak.
"Saya juga telah
memanggil Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk
mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi
itu," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer
dari sini.
"Mereka juga dalam
keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya."
Ismail turut meminta orang
ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh
polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.
Beliau berkata orang ramai
tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika
berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.
Ismail sekali lagi
menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah
berkurung kepada penduduk di negeri ini.
Zulkifeli yang turut hadir
dalam sidang media itu berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap
tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini
dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri itu.
sumber Mstar.
P/s : Diharapkan semua pejuang-pejuang tanah air teguh dan padu di benteng hadapan. Semoga keselamatan di pelihara Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment