Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
berterima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan
Umno kerana membenarkan Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz bertanding
semula bagi merebut jawatan Majlis Tertinggi Umno.
Menteri Belia dan Sukan itu
berkata, keputusan yang dibuat Jawatankuasa Pengurusan ini, adalah sesuatu yang
tepat memandangkan Tun Faisal seorang calon yang dimahukan oleh peringkat akar
umbi.
“Alhamdulilah, rayuan dibuat sendiri oleh saya dengan Pengerusi Jawatankuasa
Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin
Yassin itu diterima dengan baik.
“Bagi saya jawatan sebagai Exco Pemuda Umno adalah jauh lebih tinggi berbanding jawatan dalam bahagian, oleh sebab itulah kita menyambut baik kebenaran bertanding semula itu yang mana ianya sangat diharap-harapkan,” katanya.
Katanya, keputusan mencalonkan semula Tun Faisal ke dalam jawatan Majlis Tertinggi (MT) itu perlu diambil peluang dengan sebaik mungkin demi memartabatkan dan memajukan Pemuda Umno.
Tun Faisal dibenarkan semula bertanding selepas mengambil kira kedudukannya dalam Exco Pemuda Umno dan beliau bertanding MT atas pencalonan daripada pergerakan itu.

No comments:
Post a Comment