Memang terkejut sangat-sangat cerita apakah membaca pendedahan
ekslusif BiPop hari ini. Mana tidaknya, sebelum ini Aeril
Zafril mati-mati menafikan bahawa dirinya dan Wawa Zainal mempunyai sebarang
hubungan. Tup-tup BiPop mendedahkan bahawa mereka sudah
bernikah 4 Februari lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24
Ogos.
Antara pendedahan yang dilakukan ialah Aeril dan Wawa telah
mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daera Petaling Jaya pada
4 Februari lalu. Seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin
Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan tersebut.
Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roopi Medical Centre,
Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi.
Mengikut
siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati nama bapa bayi berkenaan
bernama Suharil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang
dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidin (nama sebenar
Wawa Zainal) yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu
bapa kepada bayi berkenaan.
Wawa
Zainal mula menghilangkan diri sekitar Februari dan Mac dengan alasan pulang ke
kampung untuk berubat penyakit misteri. Tarikh tersebut adalah sekitar tarikh
dirinya dan Aeril bernikah. Nama anak mereka (Fakharuddin) diambil daripada
nama watak utam filem 99 Kali Rindu yang menggabungkan mereka berdua.
Wawa dan
Aeril dikatakan telah menyulam cinta sejak 3 tahun yang lalu. Adakah
pembongkaran ini membuktikan bahawa Aeril dan Wawa selama ini berbohong? Kalau
betul sudah berkahwin, apa salahnya beritahu kepada orang ramai. Jangan
bersembunyi dan terus memberikan alasan yang tidak masuk akal. Sama-samalah
kita nantikan penjelasan daripada Aeril dan Wawa. Baca artikel ini sepenuhnya
untuk membaca pendedahan lengkap yang dikeluarkan menerusi BiPop hari ini.
Desas-desus selama ini yang mengatakan pelakon berlesung pipit,
Wawa Zainal dan aktor yang pernah membintangi filem Cinta Kura-Kura dan Budak
Pailang, Aeril Zafrel bercinta sering dinafikan 2 pelakon itu. Malam begitu
sukar memperoleh kenyataan daripada kedua-duanya untuk membuat pengakuan
sebenar bahawa mereka dalam alam pencintaan, di sebaliknya jawapan pernah
diberikan ialah mereka cuma berkawan rapat sejak 2011.
Namun, berdasarkan siasatan yang dibuat Bpop sejak ahad lalu,
membuktikan pasangan itu sudah berkahwin dan kini memperoleh cahaya mata lelaki
yang berusia 6 minggu.
Bpop mengesan nama seorang bayi lelaki yang dikatakan ada bersama
Wawa kini adalah anak kandung pasangan berkenaan. Menerusi nama seorang bayi
lelaki yang pernah diberitahu kepada Bpop dan satu nama yang pernah dimuatnaik
dalam laman sosial IG MiG Online, ianya berkait dengan nama penuh pasangan
pelakon itu sebagai ibu bapa seperti mana yang direkodkan dalam Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN).
Siasatan juga mendapati pasangan sama cantik, sama padan
menjalinkan hubungan cinta sejak 3 tahun lalu itu sudah bernikah dan
mendaftarkan pendaftaran perkahwinan mereka di sebuah pejabat agama daerah di
Selangor.
Aeril dan Wawa dikatakan mendaftar pernikahan mereka di pejabat
agama Islam daerah Petaling pada 4 Februari lalu. Bpop mendapat maklumat
seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang
dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan berkenaan. Bayi seberat
3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roppi Medical Centre, Jalan Dato
Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur pada 9.25 pagi.
Mengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati
bapa bayi berkenaan bernama Suhairil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data
peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal
Abidil atau nama sebenar Wawa yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama
dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.
Sekaligus, maklumat yang diperoleh itu mengesahkan identiti
kedua-dua pelakon filem berkenaan sebagai ibu bapa kepada bayi bernama Ahmad
Fakharuddin Attar.
Lebih menarik, nama Ahmad Fakharuddin Attar bukan asing kepada
Aeril dan Wawa kerana nama itu diambil semperna nama watak Aeril dalam filem
terakhir dibintanginya dalam produksi Metrowealth Pictures Sdn Bhd iaitu filem
berjudul 99 Kali Rindu arahan Azhari Zain. Filem yang ditayangkan pada Mei lalu
turut menggandingkan Aeril dan Wawa. Selain itu, Aeril juga pernah membawa
watak bernama Attar dalam filem 7 Petala Cinta juga terbitan MiG.
Sebelum ini, sudah kerap terdengar gosip mengatakan Wawa dan
Aeril dilamun cinta tapi kedua-duanya menafikannya. Malah, Bpop pernah membuat
pendedahan mengenai gosip cinta apabila seorang teman rapat yang banyak menabur
jasa kepada mereka terlepas cakap mengenai hubungan yang sekian lama terjalin
itu. Pendedahan itu disiarkan 28 Julai lalu.
Bagaimanapun, pasangan itu tetap menafikannya. Namun, Wawa dalam
kenyataan balas pada 4 Ogos lalu tidak menafikan Aeril adalah teman rapat dan
sangat istimewa buat dirinya. 2 pelakon itu dikatakan mula menjalinkan hubungan
rapat apabila bergandingan dalam drama bersiri Klik. Bagaimanapun, cinta antara
mereka kian bersemi apabila digandingkan dalam filem Budak Pailang dan 99 Kali
Rindu.
Wawa mula menghilangkan diri apabila mendakwa dirinya terkena
penyakit misteri sekitar Februari dan Mac iaitu dikatakan tarikh dirinya dan
Aeril bernikah.
Selepas dinobatkan sebagai pemenang kategori Artis Baru Wanita
Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2012) pada awal April
lalu, kelibat Wawa sukar untuk dijejaki media massa apabila dia dikatakan kerap
pulang ke kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah, untuk tujuan berehat dan
berubat. Khabarnya Wawa dikatakan meminta cuti panjang dari syarikat
pengurusannya, MiG Talent atas alasan sakit.
Bagaimanapun sebuah stesen radio swasta baru-baru ini
mendedahkan kononnya seorang pelakon wanita yang sudah lama menghilangkan diri
selamat melahirkan anak dan kini sedang berpantang, kira-kira 2 minggu lalu.
Suami pelakon wanita itu dikatakan seorang pelakon yang cukup popular dengan
drama TV yang disiarkan pada waktu petang. Berita itu didakwa diperoleh
daripada sumber keluarga angkat pelakon lelaki itu.
Aeril apabila ditanya mengenai perkara berkenaan, mengatakan
dakwaan itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti sahih.
"Jika saya nafi dan komen lebih-lebih, orang memang tidak
akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam
drama saja. Sekarang status kami berdua hanyalah sahabat baik dan saling
mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan dan tipu kalau kata kami
tidak berjumpa. Jika dia berada di Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama,
tetapi dia sekarang berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat."
– Katanya dalam sebuah akhbar pada 2 Oktober lalu.
Aeril juga dalam kenyataannya dilaporkan berkata"Saya ingin memohon, tolong jangan sebarkan cerita jika
tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Jika saya kahwin, pasti ada
bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh
kahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga. Saya lebih suka
sembunyikan hal-hal yang tidak ada kaitan dengan kerja contohnya saya berkawan
dengan Wawa. Sejujurnya, saya tidak eprnah sorokpun. Lihat saja di laman sosial
saya. Tidak kiralah artis atau orang biasa, bukan semua hal kita akan kongsi
dengan semua orang,"Bpop cuba menghubungi Wawa menerusi telefon tetapi tidak dijawab
selain dari tidak membalas kiriman SMS.
Sementara itu, Aeril yang dihubungi Rabu lalu menjawab panggilan
telefon penulis, tetapi apabila penulis ingin mula bertanya sesuatu kepadanya,
Aeril terus memberitahu dia sedang memandu kereta dan meminta penulis
menghubunginya semula. Penulis sempat berpesan supaya jangan pula tidak
menjawab panggilan selepas ini lalu dia menjawab "Ok ok,"Selepas setengah jam penulis cuba menghubunginya semula dan
menghantar SMS, Aeril langsung tidak menjawab panggilan telefon atau membalas
SMS yang dihantar kepadanya. Beberapa kali panggilan seterusnya juga tidak
dijawab. Penulis juga mencuba lagi beberapa menghubungi Aeril pada khamis lalu
namun panggilan telefon masih tidak berjawab.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment