PENGANTIN
perempuan yang majlis perkahwinannya di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu
lalu menyebabkan kematian empat orang kerana keracunan makanan memohon maaf
kepada semua yang terlibat atas ketentuan yang berlaku.
Haslina
Yusof berkata, beliau sedih dan terkilan dengan kejadian yang menimpa sanak
saudara dan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu.
Empat
orang yang maut itu keracunan makanan selepas menikmati juadah kenduri kahwin
berkenaan termasuk sepupu Haslina sendiri, Norshazana Mohd Rashid, 24, yang
meninggaldunia di rumahnya di Sungai Petani."Saya
tidak sangka boleh jadi begini," katanya kepada
wartawan .
Haslina,
23, merayu agar tidak ada mana-mana pihak yang menaruh syak wasangka dan
memberi tanggapan serong terhadap keluarganya.
Katanya,
beliau dan keluarga sudah cukup menanggung malu atas apa yang telah terjadi.
Mereka
juga tidak berniat untuk menganiaya sesiapa apatah lagi menaruh racun ke dalam
makanan seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak.
Sementara
itu, bapa Haslina, Yusof Ahmad, 52, juga terkilan dan sedih kerana tidak
menyangka majlis perkahwinan pertama dalam keluarganya itu bertukar jadi bencana.
"Saya
sebagai tuan rumah nak minta maaf banyak-banyaklah berlaku pada kenduri
baru-baru ini. Saya pun tak sangka yang boleh jadi macam itu. Saya panggil
kawan-kawan untuk datang makan kenduri ini dengan iklhas, tak ada niat nak buat
jahat atau apa," katanya.
Apa
yang menyebabkan beliau lebih terkilan ialah antara mangsa keracunan yang
dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia itu adalah saudara-maranya sendiri.Yusof
turut memaklumkan beliau dan ahli keluargnya juga cirit-birit dan muntah-muntah
dan ditahan di hospital selama tiga hari. Mereka hanya dibenarkan pulang pada
pagi Rabu.
Sementara
itu, jenazah mangsa keempat, Wang Razali Yaacob, 56, selamat dikebumikan pada
pagi Rabu di Tanah Perkuburan Masjid Al-Atiq, Kampung Merbok, Sungai Petani.
Allahyarham
meninggal dunia pukul 7.15 malam Selasa di Hospital Sultan Abdul Halim setelah
sakit perut dan muntah-muntah selepas pulang dari majlis perkahwinan itu.
Dua
lagi mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung
Singkir Laut yang maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan dan Ibrahim
Mohammad, 62, dari Kampung Huma yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul
Halim, Sungai Petani.
Mereka
dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh
penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.
Dalam
pada itu, polis masih menunggu laporan perubatan daripada Jabatan Kesihatan
Negeri Kedah yang mengumpulkan laporan berkenaan daripada empat buah hospital
daerah dan dijangka akan siap dalam masa terdekat.
Ketua
Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalili Ariffin berkata, pihaknya akan menjalankan
siasatan menyeluruh selepas menerima laporan itu bagi mengenal pasti punca
sebenar kejadian termasuk melihat unsur khianat atau kecuaian.
Setakat
ini, 270 orang dilaporkan mendapatkan rawatan di hospital kerana keracunan
makanan daripada majlis kenduri kahwin itu.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment