Tindakan Abdul Hadi membangkitkan isu kalimah Allah ternyata
bertentangan dengan gesaan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Pengarah
Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar agar Umno mengelak
daripada menggunakan isu-isu agama dan perkauman dalam kempen mereka.
M-star |
Disini saya ingin mengulas sedikit mengenai isu yang saya kira perlu ada penjelasan mengenai nya iaitu isu kalimah Allah. Sesetengah orang selalu membangkitkan dan mempertikaikan mengenai isu ini yang nyatanya di Sabah dan Sarawak telah lama menggunakan kalimah Allah dan kitab injil yang di bawa dari Indonesia.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya, situasi dan keadaan di Sabah dan Sarawak adalah berbeza kerana mereka di sana berpegang teguh kepada perkara 18/20 iaitu jika kita baca kembali, perkara pertama yang menyentuh perihal agama, kita akan dapat memahami situasi di sana.
[Perkara 1: Agama]
"Walaupun TIDAK ADA bantahan terhadap agama ISLAM menjadi agama RASMI di Malaysia, tetapi TIDAK ADA agama RASMI di SABAH DAN SARAWAK."
Pihak yang lainnya tidak ada kuasa untuk mengubah atau masuk campur akan hal yang telah termaktub di sabah dan sarawak tetapi bukan lah bermaksud bahawa disana boleh dengan sewenangnya melanggar undang-undang yang telah ditetapkan di malaysia, kerana masih ada garis panduan agar tidak berlaku keadaan yang memudaratkan agama masing-masing.
Kesimpulannya, di Sabah dan Sarawak bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa adanya agama rasmi disana. Ianya bukanlah bermaksud bahawa mereka dengan sewenang-wenangnya boleh menukar agama masing-masing tetapi lebih kepada kebebasan mengamal agama masing-masing tanpa adanya gangguan dan menghormati satu sama yang lain.
Sebenarnya, bagi saya sendiri, jika kita mampu ada sikap menghormati agama masing-masing, insyaAllah kita akan mampu hidup dalam suasana yang harmoni walaupun dengan adanya berbagai suku kaum dan agama.
Kita seharusnya memahami setiap agama yang lain dan menghormati sensetiviti setiap agama masing-masing agar ianya tidak mengguris setiap penganut agama lain kerana kurangnya kesedaran dalam menghormati satu sama yang lain.
Pantauan dan tindakan tegas juga harus di ambil sekiranya ada pihak tertentu yang telah menyentuh sensitiviti agama lain dan menyalahgunakan erti "kebebasan agama", mengapi-apikan setiap yang lain yang membawa kepada terpesong nya akidah dan menjurus kepada permasalahan yang lain iaitu murtad atau agama yang sesat.
Saya cuma mengharapkan tiada penyalahgunaan kalimah ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada setiap agama. Seperti yang telah berlaku di indonesia di mana mereka menggunakan alasan "tuhan kita adalah sama iaitu Allah" dan mereka tidak perlu menukar agama kerana nama tuhan yang sama. Kekeliruan ini haruslah di cegah dengan adanya pemahaman kita yang dalam akan setiap agama masing-masing, contohnya akan jatuh murtad jika seseorang islam ingin menukar agamanya dan berkahwin berlainan agama adalah ditentang dalam islam.
Begitu juga dengan agama kristian di mana tertulis di dalam kitab injil mengenai isu murtad atau apostasi yang menyebutkan:-
“If your brother, the son of your mother, or your son or your daughter or the wife you embrace or your friend who is as your own soul entices you secretly, saying, ‘Let us go and serve other gods,’ which neither you nor your fathers have known, some of the gods of the peoples who are around you, whether near you or far off from you, from the one end of the earth to the other, you shall not yield to him or listen to him, nor shall your eye pity him, nor shall you spare him, nor shall you conceal him. But you shall kill him. Your hand shall be first against him to put him to death, and afterward the hand of all the people. You shall stone him to death with stones, because he sought to draw you away from the Lord your God, who brought you out of the land of Egypt, out of the house of slavery." - Deuteronomy 13:6-11
Baca selanjutnya di sini
Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa 'The
Herald', penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah
Allah pada 14 Oktober lepas untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan
keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan
kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan.
No comments:
Post a Comment