Tuesday, 1 October 2013

Panas !! @RafidahIbrahim "makan hati" di Baling, Kedah #KEDAHAMANMAKMUR @tv3malaysia @rakyatnews #MeleTOP


WoW... Memamng gempaqlah.. Fida Mai berlakon kat Baling.. Cayalah orang Daerah Baling dah makin terkenal... KK difahamkan Lokasi pengambaran telefilem "Kampungku dan Aidiladha" tersebut di sekitar Mukim Bongor, Baling. Adalah juga beberapa teman KK yang menjadi Pelakon Tambahan sebagai "pak Pacak" dan "tukang angguk" .. tak susah payah nak hafal Dialog pun... dah boleh masuk tv.. Tahniah geng'.. biarpun sekadar melukut ditepi gantang tapi pengalaman tu penting... 

Heboh sana sini.. ramailah orang berduyun nak p "SNAP" gampaq ngan pelakon-pelakon drama tersebut.. tetapi mulut orang mana nak boleh tutup.. dia orang melahirkan rasa kekecewaan dengan terajui utama drama tersebut..Fida dikatakan tak Mesra Peminat. Betulkah !! 

Biarlah lah fida  oi' .. bukan senang nak memuaskan hati semua pihak....kan, cik Fida... Isu kecil sahaja lama-lama sejuklah tu... Cik Fida dah pun selamat berangkat ke ibu kota.. tak payah nak susah fikir... tetapi apa yang meninggalkan paling " hangat" di Baling... ialah Isu Saman yang bakal dihadapi Fida.

Produser Mahu Saman, Sekat Bayaran Jika Fida Ibrahim Enggan Mohon Maaf : 

Konflik di antara produser drama Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar dengan Fida Ibrahim masih belum reda apabila penerbit itu menuntut pelakon berkenaan memohon maaf jika ingin masalah yang berlaku dapat diselesaikan.

Pelakon Kampungku dan Aidiladha dari kiri; Syafiq Kyle, Zalif Sidek,
Shuhaimi Lua (pengarah),
Ameera Rusly, Razak Ahmad dan Aidil Aziz.
Hazmimi yang juga Presiden Persatuan Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (PERKAP) berkata, sekiranya pelakon itu tidak berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah selain akan menyekat baki 50 peratus bayaran lakonannya.

"Pihak kami memberikan tempoh kepada Fida untuk membuat permohonan maaf. Tidak kisahlah dengan cara apa sekali pun, bertulis mahupun dalam bentuk lisan.

"Jika tiada respons atau dia enggan berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menahan baki wang gajinya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

mStar Online pada Khamis lalu melaporkan penerbit drama berkenaan kesal dengan sikap pelakon itu yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran di Baling, Kedah pada 22 September lalu.

Pelakon itu berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya selain kegagalan pihak produksi memastikan aspek keselamatan ketika penggambaran di hutan.
Kontroversi yang berlaku itu menyebabkan Fida membuat laporan kepada Biro Pengaduan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menjelaskan perkara sebenar.

Dalam pada itu Hazmimi berkata, pihak Seniman sudah berjumpa dengannya pada Ahad lalu yang turut disertai oleh pengarah Shuhaimi Lua Abdullah untuk mendapatkan gambaran mengenai kes berkenaan.

Katanya, persatuan tersebut mahu pihaknya dan Fida menyelesaikan masalah berkenaan dengan baik tanpa melibatkan saman-menyaman.

"Saya telah berjumpa dengan pihak Seniman dan mereka mahu kami menyelesaikan masalah dengan cara baik. Sebab itu kami beri tempoh masa pada Fida untuk memohon maaf kepada kami.

"Lebih-lebih lagi banyak fakta yang tidak benar dia nyatakan kepada pihak media dan ia tidak adil buat kami. Saya telah pun menunjukkan bukti-bukti kepada Seniman sebagai rujukan mengenai sikap Fida," tuturnya.

Telefilem Kampungku dan Aidiladha diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran sempena Hari Raya Aidiladha di TV3.


Selain Fida, drama tersebut turut dilakonkan oleh Zalif Sidek, Razak Ahmad, Syafiq Kyle, Ameera Rusly dan Aidil Aziz.

KK : Apa-pun yang berlaku marilah kita menghayti erti sebenar disebalik Aldiladha.

No comments:

Post a Comment